Kenyataan Rasmi Manhal PMRAM Isu Penggunaan Kalimah 'Allah' Oleh Bukan Islam.
0 comments Posted by Izharulhaqq at 6:07 AMhttp://www.pmram.org/
Merujuk kepada isu penggunaan kalimah Allah bagi non muslim di Malaysia, Markaz Pengumpulan Kajian & Hasilan Penyelidikan PMRAM (MANHAL) mengutarakan pandangan para ulama' berkenaan isu tersebut dan syor dari MANHAL.
1.Secara umum, para ulama telah terbahagi kepada dua pandangan.
• Pandangan pertama: Membenarkan non muslim menggunakan kalimah Allah. Pandangan ini bersandarkan dengan firman Allah di dalam surah Luqman ayat 25 yang bermaksud :
“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu, siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab Allah. Ucapkanlah (wahai Muhammad) Alhamdulillah (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka itu. Bahkan kebanyaakn dari mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik)”
Firman Allah dalam surah al-Mu’minun ayat 86-87 yang bermaksud:
“Tanyakanlah lagi siapakah yang memiliki dan mentadbir langit yang tujuh dan tuhan yang mempunyai arasyh yang besar? (86) Mereka akan menjawab (semuanya) kepunyaan Allah. Katakanlah (wahai Muhammad) mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?” (87)
“Para ulama empat mazhab menyatakan dalam masalah sumpah bahawa non muslim hendaklah bersumpah dengan nama Allah.” (Dr. Wahbah Zuhaili, al-Feqh al-Islami Wa Adillatuhu 8/136)
• Pandangan kedua: Tidak membenarkan non muslim menggunakan kalimah Allah berdasarkan hujah-hujah berikut;
Nama Allah mungkin digunakan sebagai nama khas untuk makhluk sedangkan ijmak ulamak tidak mengharuskannya sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam al-Qarafi. (rujuk Al-Furuq 3/111, Mawahib al-Jalil 3/279)
Apabila mengizinkan non muslim menggunakan kalimah Allah, ini bakal mendedahkan nama Allah kepada penghinaan apabila disifatkan dengan pelbagai sifat yang menyalahi akidah muslim. Masalah ini didapati dari apa yang dibahaskan oleh Ulama' mazhab Syafei bahawa haram kepada seorang muslim menulis nama Allah dalam fatwa kepada ahli zimmah (non muslim) kerana ia boleh menghina nama Allah SWT.
“Dapat diambil iktibar darinya (mendedahkan mashaf kepada kehinaan sekiranya dimiliki orang kafir) adalah lebih utama mengharamkan muslim menulis Lafaz Jalalah (kalimah Allah) pada soalan dan jawapan apabila diminta fatwa oleh kafir zimmi.” (Hasyiah al-Bujairimi ‘Ala al-Khatib 3/314, Hasyiah al-Syarwani ‘Ala Tuhfah Al-Muhtaj 4/230)
2. Secara asasnya, pihak MANHAL bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh non muslim.
3. Namun melihat kepada realiti dan sensitiviti umat islam di Malaysia, MANHAL mencadangkan agar kerajaan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada non muslim secara bertulis atas dasar menutup implikasi buruk yang mendatang. Mengutamakan mudarat umum lebih utama daripada melihat maslahat pihak tertentu sebagaimana ditegaskan oleh Imam Syatibi dan juga Imam Ghazali.
"Sekiranya dapat dibaiki kemudaratan dan dapat dihilangkan sekaligus maka lebih utama diambil kira kemudaratan umum tersebut (daripada maslahat khusus), Jadi dihalang orang atau pihak tertentu dari mendapat maslahatnya. Ini kerana maslahat yang umum perlu diutamakan daripada maslahat khusus" (Al-Muwafaqat 2/348)
"Dan sangkaan yang menghampiri martabat yakin apabila bersifat umum dan amat besar bahaya padanya (sekiranya tidak diraikan) maka dipandang kecil individu-individu tertentu seandainya dibandingkan dengannya" (Al-Mustasfa 1/424)
4.Sekiranya kerajaan bercadang untuk membenarkan non muslim mengguanakan kalimah Allah, maka syarat-syarat yang ketat mestilah dikenakan demi memastikan perkara-perkara di atas tidak berlaku. Hukuman yang berat juga mesti dikenakan kepada pihak yang menyalahgunakan kebenaran tersebut. Ini demi memastikan kesucian nama Allah terpelihara dari sifatnya yang Maha Esa.
Assalamualaikum wbrkth.
Dalam minggu ini, cukup kecoh dan teruja nya rakyat Mesir menghidupkan suasana bersemangat sempena perlawanan kelayakan antara Mesir dan Algeria ke Piala Dunia bola sepak yg bakal berlangsung di Afrika Selatan 2010.
Ketika perlawanan di Algeria, Mesir kalah 1-3. Manakala pada 14 November baru2 ni, Mesir mengalahkan Algeria 2-0 di Kaherah. Dan perlawanan penentuan utk merebut tempat ke-5 bagi mewakili benua Afrika ke Piala Dunia akan berlangsung pada mlm ini di stadium berkecuali (stadium al-marikh) Sudan.
Rakyat Mesir dari anak2 kecil hingga ke pakcik2 tua, sibuk mengibarkan bendera2 Mesir. Penjual2 bendera Mesir boleh didapati di tepi2 jalan raya, lorong2, malah di dalam bas pun ada.
Namun demikian, ada perkara yg jauh lebih penting perlu diperhalusi di sini. Provokasi media luar negara khususnya dari media yg mempunyai kepentingan YAhudi, cukup kuat memainkan sentimen seolah2 cuba melaga-lagakan antara MEsir-Algeria. Insiden membakar bendera MEsir di hadapan hotel penginapan pemain Mesir di Sudan dgn kehadiran wartawan asing yg ramai,gangguan terhadap syarikat Mesir di Algeria dsb.
9 ribu Penyokong Mesir telah membeli tiket. 9 ribu juga penyokong Algeria telah membli tiket. Dan selebihnya stadium di isi oleh rakyat Sudan. 15 ribu tentera Sudan berkawal. Pesawat2 tentera turut berkawal di udara Khourtum. Bandar raya itu bertukar kepada kawasan 'peperangan'.
Moga dengan kehadiran 1 Zulhijjah ini, dapat diinsafi oleh kedua-dua negara majoriti Islam ini. Moga diselamatkan umat Islam kedua2dua negara ini dari fitnah Yahudi.
Penghinaan terhadap Islam bukanlah perkara baharu dalam sejarah tamadun manusia. Ia telah berlangsung sejak kali pertama Allah SWT memerintah iblis untuk sujud kepada Adam yang enggan berbuat demikian kerana merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam, malah sudah lebih lama wujud daripada Adam ribuan tahun sebelumnya.
Siri penentangan terhadap tidak berakhir di situ, malah ia diteruskan dengan beberapa siri lain yang berlaku terhadap umat para anbiya yang tidak dapat menerima kebenaran yang dibawa oleh nabi masing-masing. Ia disebabkan ada dalam hati mereka rasa tidak setuju dengan apa yang dibawa kerana mendakwa mereka pun cerdik seperti nabi-nabi.
Justeru, Allah SWT menegaskan dalam al-Quran menerusi ayat 112 surah al-An'am maksudnya: "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh daripada syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu."
Jelas daripada apa yang ditegaskan Allah dalam ayat tersebut di atas, bahawa kalau terdapat di kalangan nabi-nabi itu syaitan berupa manusia, yang kerjanya untuk menyesatkan sekalian manusia, maka ia juga terdapat di kalangan manusia pada hari ini yang berusaha untuk menyesatkan manusia dengan kata-kata indah melalui tulisan, pembentangan kertas-kertas kerja dalam seminar, penyampaian dalam majlis-majlis dialog dan sebagainya.
Pada hal ciri-ciri syaitan ada pada mereka, bagi yang mengenal Islam dengan baik sahaja yang dapat mengelakkan diri daripada terperangkap dengan kata-kata indah tersebut.
Pada awal abad ke-21, masyarakat Islam dikejutkan dengan kemunculan penulis dan individu yang diyakini telah cuba menulis atau membuat kenyataan secara sedar, jelas dan berterusan dengan niat dan tindakan untuk menghina Islam. Mereka cuba memberi gambaran Islam yang salah dengan mengikuti pandangan peribadi mereka semata-mata tanpa dirujuk kepada asas-asas kaedah dan disiplin ilmu pentafsiran al-Quran dan Al-Hadis yang betul daripada persepakatan ulama yang muktabar (yang diterima pakai dan tidak dipertikai oleh seluruh ulama).
Maka berlakulah penyimpangan gambaran Islam sebenar hingga lahir aliran atau fahaman sekularisme yang memisahkan agama daripada kehidupan berpolitik dan bermasyarakat. Seolah-olah Islam tiada hubungan dengan persoalan kehidupan Muslim, iaitu agama individu adalah Islam, tetapi kalau cara berfikirnya tidak Islam tidak menjadi masalah. Inilah pandangan sekularisme yang dipelopori oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki yang menjadi tali barut Inggeris bagi menjatuhkan empayar Uthmaniyah.
Kalau benar kenyataannya itu, apa perlu untuk mengguling pemerintahan Islam Uthmaniyah, biarkan Sultan Abdul Hamid memerintah negara dengan Islam, sistem politik sahaja yang perlu ditukar kepada sekularisme, tetapi itu tidak akan berlaku, kerana sekularisme mempunyai agenda tersendiri bagi meraih sokongan pihak tertentu untuk menguasai negara.
Percubaan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya mahu menjadikan Islam dan hukum-hukum syariat Islam sebagai suatu perdebatan yang bebas mengikut sesuka hati dan mengenepikan asas-asas kaedah dan disiplin ilmu yang betul dalam Islam.
Antara kenyataan yang ditulis dan siar oleh penulis dan badan-badan yang menyebut Islam boleh ditafsir oleh sesiapa contohnya:
1. Pandangan oleh Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam: "Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu, sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata." (Utusan Malaysia, 26 September 2000)
2. Pandangan Dr Kassim Ahmad, penulis dan penganalisis bebas: "Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman." Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik." (New Straits Times, 12 Oktober 2000)
Situasi begini bukan sahaja merosakkan imej kesucian Islam, malahan menimbulkan kekeliruan yang bahaya di kalangan masyarakat awam khususnya masyarakat Islam di negara ini. Jika agama Islam dibiarkan didebat secara bebas seperti yang ditulis oleh pihak tertentu tanpa mengikut disiplin ilmu-ilmu Islam yang betul maka kewibaan seluruh institusi-institusi Islam di negara ini akan terdedah kepada cercaan dan penghinaan.
I
Mereka kata
Calon kita lemah
Jawab kita
Biar lemah asal tak rasuah
II
Kita kata
Apa guna kuat
Jika menyokong golongan pro-maksiat
III
Mereka pula kata
Kami bawa pembangunan
Kita kata
Kita utamakan pembangunan agama
Berlogokan Bulan Purnama
Membangunan Islam Bersama
Tentu dapat pahala
Bila berserban di kepala
Abe Uji buat ini semua
IV
Oleh itu
Menangkan Abe Uji
Tanda anda mengaji
Pilih Yang Beriman
I
Pilih
Antara dua calon
Satu dari Jemaah Islamiah
Satu UMNO
Akhirat NO
II
Pilih
Antara Abe Uji dan lawan
Dengan ulamak Abe Uji berkawan
Asasnya iman
Beriman kepada Hari Kemudian
Undilah calon berlogokan Bulan
Dari Israk Mikraj ambil teladan
Diwajibkan sembahyang
Lima waktu sehari semalam
Mahu selamat ikut Islam
Oleh itu undilah Mohd Fauzi bin Abdullah
Dianggap sebagai ibadat
Bersih niat
Betul iktiqad
Menangkan PAS adalah jihad
Untuk di Hari Akhirat
Tindakan Terpuji
I
Wahai 12,293 pengundi budiman
Tentu anda beriman
Tentu mudah buat pilihan
Abe Uji calon pilihan
II
Fikirlah 12,293 pengundi
14 Julai 2009 hari mengundi
Mari berbudi
Undi saja Abe Uji
Tindakan anda tindakan terpuji
Tentu anda mengaji
Ingatlah akujanji
Sewaktu solat
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku,
Dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan semesta alam"
Undi Abe Uji tanda anda betul-betul
Minat jemaah Islam
Tanda iman kuat di dalam
Biarkan calon lawan tenggelam
Seperti kapal titanik di lautan dalam
HMS ABU BAKAR