Bahtera Perkahwinan





Kalimah Cinta
In-Team

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku

Senilagu : Manis Helma
Senikata: ITO Lara

-Selamat ulang tahun perkahwinan buat ibu & ayah ku. Menghampiri 3 dekad kekal bersama melayari bahtera kasih sayang dan tanggungjawab. Terima kasih kerna mencurahkan kasih sayang yang tak ternilai dengan ukuran dunia kepada anak2 mu. Moga kasih ibu & ayah dibalas dengan kasih dari Yang Maha Pengasih, ALLAH Rabb al-Jalil.

-Jua, ku kongsi kesyukuran buat pasangan sahabatku Ikhwan & Nazneen yg selamat mengikat ikatan perkahwinan pada 29hb Mac 2008, sabtu baru ni. Moga diberi kekuatan oleh ALLAH s.w.t dalam mengharungi alam rumahtangga.

p/s-masih mencari, x pandai cari, x perlu cari, sub...


emmm....pagi semalam aku menungggu bas di tempat biasa. Keadaan sibuk. Masing-masing ada urusan dan hala tuju sendiri. KAnak-kanak dan remaja ke sekolah, para petani membawa kereta himar dan kuda, sang peniaga memanggang firoh(ayam) yg harga semakin melambung, dah lama tak makan-MAHAL). Tapi kenapa bas tak sampai2 ni, biasanya cepat je?

Tiba-tiba, datang satu bas, yg tak pernah ku lihat dekorasi luarannya. Terpampang di atas board bas itu "اركب مجانا" (Naik Percuma),..aik(hairan)? Lalu dihadapan ku dan berhenti jauh ke hadapan sedikit. Dari jauh ku lihat ada beberapa orang seperti bertanya kepada pemandu bas sebelum naik. Ku fikir, ini mesti bas kilang syarikat Knorr-pengeluar produk2 makanan, berdasarkan dekorasi bas tersebut. Tapi, tak pernah pun nampak bas kilang Knorr sebelum ni? Kalau bas syarikat coca-cola tu, biasa la nampak.

OOO,,,baru aku perasan. Knorr adalah produk dibawah keluaran syarikat produk makanan multinasional, iaitu, Unilever yg berpangkalan di Netherland(Belanda). Ini mesti ada kaitan dengan kekhuatiran syarikat tersebut dengan usaha boikot terhadap produk2 Belanda akibat penyiaran filem pendek (Fitna) melalui internet pada khamis lalu, 27hb Mac 2008. Ia adalah dokumentari yg menghina al-Quran oleh Geert Wilders, salah seorang pemimpin Parti Kebebasan di Belanda.

Nampaknya, syarikat2 seperti Shell, Unilever, Philip, Frieslandfoods (dutchlady) akan menghadapi pemboikotan produk dari umat Islam seluruh dunia akibat tindakan Geert wilders. Dengar2 mcm syarikat ni nak saman Wilders akibat senario ini. Kita tunggu dan lihat!!

Antara produk syarikat Unilever di pasaran Timur Tengah, MARI BOIKOT:
Lipton, Knorr, Dove, Close up, Lux, Lifebouy, Sunsilk, Signal 2, Fair & lovely, OMO, Comfort, Jif, Axe, Rexona, Vaseline, Hellmmans. http://www.unileverme.com/

Dr. Yusuf al-Qaradawi dengan tegas menyatakan salah satu dari 5 saranan beliau dalam usaha tindak balas ialah-Boikot Produk Belanda, kerana negara tersebut membenarkan rakyatnya menghina Islam. http://www.islamonline.com/news/newsfull.php?newid=104723





Dato' Dr Haron Din
Fri | Mar 28, 08 | 10:10:58 am M

SOALAN: PAS dan BA memperolehi kemenangan terbesar sepanjang sejarah perjuangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Apakah komen Dato' tentang kemenangan tersebut? Sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS, apakah nasihat kepada pemimpin dan ahli PAS di era kemenangan ini? - Mustafa Bakri, Pokok Sena

JAWAPAN: Komen saya mudah. Kemenangan ini adalah suatu anugerah Allah, seperti yang tersebut dalam al-Quran menerusi firman Allah (mafhumnya): "Dan Allah tidak menjadikan pemberian bantuan kemenangan tersebut melainkan sebagai khabar gembira bagi kemenanganmu, dan untuk ketenteraman hatimu. Kemenangan tersebut adalah pertolongan dari Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah ali'Imran, ayat 126)

Kemenangan ini juga suatu nikmat dari Allah. Nikmat wajib ditangani dengan sebaik-baiknya. Allah memperingatkan kita dalam firman-Nya (mafhum): "Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan bahawa sesungguhnya jika kamu bersyukur di atas nikmat-Ku, pasti akan ditambahkan lagi nikmat itu. Dan jika kamu mengkufurinya, maka sesungguhnya azab aku tersangat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Kemenangan dalam pilihan raya menerusi sistem demokrasi di Malaysia, bukannya kemenangan mutlak. Iaa adalah relatif buat seketika untuk tempoh dalam lingkungan lima tahun.

Selepas itu apa pun boleh berlaku. Apa sahaja yang tidak disangka-sangka mungkin boleh berlaku lagi. Kemenangan tersebut bukanlah kekal selama-lamanya, bergantung kepada anugerah Allah. Sekiranya kita berpegang dengan petunjuk-Nya, kita akan memperolehi lebih banyak pertolongan daripada Allah SWT.

Kemenangan dalam bidang apa pun adalah suatu anugerah Allah yang wajib diterima dan disyukuri nikmat tersebut dengan sebaik-baiknya.

Mensyukuri nikmat tersebut bukan sekadar mengucapkan alhamdulillah atau menyembelih haiwan ternakan atau berkenduri besar atau berceramah sahaja.

Yang lebih penting, kita mesti bersyukur dengan meningkatkan nilai pengabdian kita ke hadrat Allah SWT, lebih komited dengan iman dan takwa. Kita mesti lebih bersungguh-sungguh hendak melaksanakan perintah Allah, lebih patuh kepada ajaran-Nya dengan mencuba sedaya upaya untuk melaksanakan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang.

Di samping itu jangan lalai dan lupa dengan janji-janji kita dengan pengundi-pengundi yang senantiasa menunggu hak rakyat ditunaikan.

Sebagai umat Islam, jika tidak kita pejuang-pejuang PAS yang melaksana hukum-hukum Allah, maka siapakah lagi yang boleh diharapkan untuk memartabatkan agama Allah, kalau tidak kita.

Kerana itu Allah sudah memberi petunjuk dan panduan, yang memberi anugerah kuasa memerintah. Apa yang sepatutnya dilakukan, misalnya dalam firman Allah SWT (mafhumnya): "Golongan yang diberi kuasa untuk memerintah di muka bumi ini, hendaklah mereka (memperkukuhkan hubungan dengan Allah) mendirikan sembahyang dan (menjaga kepentingan golongan bawahan) menunaikan zakat, dan menegakkan yang makruf, membasmi yang mungkar dan berserahlah kepada Allah, yang kepada-Nya kembali segala urusan." (Surah al-Hajj, ayat 41)

Nabi Sulaiman a.s., ketika Allah mengurniakan kepadanya kekuasaan dan kelebihan yang nyata dengan pelbagai keajaiban, baginda menyebut seperti yang dalam al-Quran (mafhumnya): "...Ini adalah suatu kurnia dari Tuhanku, untuk menguji daku, apakah aku bersyukur atau aku kufur kepada-Nya. Dan barangsiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya, dan barangsiapa yang kufur, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah." (Surah an-Naml, ayat 40)

Ingatlah apa yang berlaku dalam sejarah awal Islam padazaman silam, ketika Allah menguji para sahabat dengan kesusahan dan bala bencana, termasuk kezaliman musuh ke atas mereka sehingga ada yang korban syahid, mereka tahan diuji.

Apabila Allah menguji mereka dengan kemenangan, maka ada yang kecundang, khususnya dalam Perang Uhud, apabila harta rampasan perang bersepah di hadapan mata, tentera Islam yang diperintah mempertahankan Bukit Rumaah di Uhud, tidak sabar berhadapan dengan kilauan kemenangan sehingga sanggup melanggar perintah Rasulullah s.a.w.

Hasil daripada kesilapan itu, akhirnya mereka kecundang. Allah menceritakan perihal ini dalam firman-Nya (mafhum): "Dan sesungguhnya Allah telah menunaikan janji-Nya kepada kamu, ketika kamu mengalahkan musuh kamu dengan izin-Nya (di awal Perang Uhud), sampai kepada saat kamu lemah dan berselisih faham, sama ada hendak terus mematuhi perintah Rasulullah, ataupun melanggarinya, setelah Allah menguji kamu dengan memperlihatkan kemenangan yang sementara.

Antara kamu yang mengkehendaki kesenangan dunia, ada yang mengkehendaki akhirat, (oleh kerana ada yang mengkehendaki kesenangan dunia) kemudian Allah menewaskan kamu untuk menguji kamu. dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu dan Allah memberi limpah kurnia yang banyak untuk orang-orang yang beriman). (Surah ali'Imran, ayat 152)

Ambillah iktibar tersebut, sentiasa beringat dengan nikmat tersebut dan hargai anugerah-Nya, jangan lupa diri dan berlaku adil dalam semua urusan kerana sifat adil itu mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Bekerja keraslah untuk menjaga kemenangan kerana kemenangan itu sifatnya sementara, melainkan dengan pertolongan Allah jua ia akan kekal. Waalhua'lam. - lanh

-HarakahDaily.net-Sabtu 29 Mac 2008 | 21 Rabi'ul Awal 1429 Hijrah.

Pukul 8.50 malam tadi, dengan ketentuan dari Allah S.W.T, seorang bayi lelaki telah selamat dilahirkan ke dunia di bumi Badawi ini. Penambah keceriaan buat ibu, ayah dan abangnya. Moga bersama dibarisan pejuang-pejuang Islam suatu hari nanti. Si abang kelahiran Mansurah. Si adik kelahiran Tanta.

Khas buat bayi yg belum diberi nama lagi ini...
(ibnu shahir- Isnin, 09 Rabiul Awal 1429H lahir lepas Isyak, 17 Mac 2008M, berat dalam 3Kg)

p/s-suka sgt ingat fakta2 yg berkaitan nombor2 ni. Like F563893,..my birth certificate number.
emm...'syurga itu dibawah telapak kaki ibu'.

Hari ini, Isnin, 24hb Mac 2008/16 Rabiul Awal 1429H telah diberi nama bayi tersebut oleh bapanya, dengan nama-Nik Ahmad Usamah Bin Nik Ahmad Shahir....

Eminent'08 Sukses...



Alhamdulillah....

Kelmarin telah selesai majlis penutup Simposium Mahasiswa Malaysia di TAnta 2008 (The Symposium of Malaysian Students in Tanta).-aka EMINENT'08. Bermula 9hb Mac sehingga 16 Mac 2008.

Terima kasih kepada semua warga DPMT (Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta) & PCT (Perubatan Cawangan Tanta) kerna bersama-sama menjayakan EMINENT'08 ini. Moga disitu ada keberkatan ilmu yg dapat terjemahkan dgn akhlak muslim sejati dan pertautan ukhuwah Islamiah serta sensitiviti terhadap nasib saudara-saudara kita di Palestin.
'GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN'.

p/s-terharu dgn ad-Hoc2 yg bekerja sampai demam2 dan kering poket...Moga dibalas dengan ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T


Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Telah 8 hari PRU12 berlalu. Sejarah terlakar. Kelantan Darul Naim, Kedah Darul Aman, Pulau Pinang Pulau Mutiara, Selangor DARUL EHSAN dan Perak DARUL RIDZUAN merupakan negeri-negeri yang dikuasai oleh BArisan Alternatif atau kini dikenali sebagai pentadbiran BARISAN RAKYAT. Inilah sejarah yang akan diingati dan disampaikan oleh saya, mereka dan anda yang melalui zon zaman ini kepada generasi masa depan. Keputusan yang cukup memeranjatkan. Bagi calon2 dan penyokong2 BN khususnya yg mengalami masalah jantung atau hypertension, pastinya penyakit itu datang kembali akibat keputusan luar jangka ini. Apatah lagi dengan kenyataan2 media oleh beberapa pimpinan BN yang saya tonton di tv3 terlalu confident akan menang sebelum bertanding lagi.

Walaupun ketika berumur 6 tahun, hanya ditemani Atuk dan Opah di sebuah pedalaman berhampiran Sungai Perak, tanpa teman sebaya disekitar, saya masih dapat mengingati pada tahun tersebut Semangat 46 telah beroleh kejayaaan di dalam pilihanraya. Mesti tak percaya.
Betul la, kanak-kanak perlu dijaga dengan suasana yg baik kerna mereka melalui proses pembelajaran secara tidak langsung melalui pemerhatian, perasaan ingin tahu, imaginasi dan sebagainya.

Ketika itu tiada siapa yg memberitahu saya. Tidak munasabah jika ada sesiapa berbual mengenai politik dengan kanak-kanak yang belum habis tadika ini, hahaha. Peristiwanya bermula apabila Atuk saya yang merupakan peminat setia Berita TV1 menonton dengan khusyuk dengan jarak yg dekat dengan TV.

Saya ketika itu sedang bermain sendirian mencipta imaganisi2 bagi mengisi waktu senggang yang amat banyak sambil sekali-sekala melihat ke arah TV. Entah macam mana lambang S46 yang berwarna kuning dan visual beberapa orang lelaki tua yang berkain pelikat dan berserban terlalu kuat masuk ke kotak ingatan kanak-kanak tadika ini. Dan saya dapat memahami bahawa mereka meraikan sebuah kejayaan berbentuk pemilikan kuasa... Itulah dia pilihanraya tahun 1990.

Bermula dari situlah, pengetahuan tentang politik Malaysia terus bercambah apabila saya kembali ke Selangor memasuki sekolah rendah. Baru ada ramai kawan dan baru nak belajar bersosial dgn rakan sebaya.

Tapi, takkan kanak-kanak sekolah rendah borak pasal politik di sekolah? Keluarga saya bukan ahli politik? Mana ada internet masa tu? Saya sambung lain kali ye....

p/s-anak-anak amanah dari ALLAH S.W.T. Tanamkan semangat jihad sejak kecil lagi.


 

Blogger Template | Created by Adam Every