Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Telah 8 hari PRU12 berlalu. Sejarah terlakar. Kelantan Darul Naim, Kedah Darul Aman, Pulau Pinang Pulau Mutiara, Selangor DARUL EHSAN dan Perak DARUL RIDZUAN merupakan negeri-negeri yang dikuasai oleh BArisan Alternatif atau kini dikenali sebagai pentadbiran BARISAN RAKYAT. Inilah sejarah yang akan diingati dan disampaikan oleh saya, mereka dan anda yang melalui zon zaman ini kepada generasi masa depan. Keputusan yang cukup memeranjatkan. Bagi calon2 dan penyokong2 BN khususnya yg mengalami masalah jantung atau hypertension, pastinya penyakit itu datang kembali akibat keputusan luar jangka ini. Apatah lagi dengan kenyataan2 media oleh beberapa pimpinan BN yang saya tonton di tv3 terlalu confident akan menang sebelum bertanding lagi.

Walaupun ketika berumur 6 tahun, hanya ditemani Atuk dan Opah di sebuah pedalaman berhampiran Sungai Perak, tanpa teman sebaya disekitar, saya masih dapat mengingati pada tahun tersebut Semangat 46 telah beroleh kejayaaan di dalam pilihanraya. Mesti tak percaya.
Betul la, kanak-kanak perlu dijaga dengan suasana yg baik kerna mereka melalui proses pembelajaran secara tidak langsung melalui pemerhatian, perasaan ingin tahu, imaginasi dan sebagainya.

Ketika itu tiada siapa yg memberitahu saya. Tidak munasabah jika ada sesiapa berbual mengenai politik dengan kanak-kanak yang belum habis tadika ini, hahaha. Peristiwanya bermula apabila Atuk saya yang merupakan peminat setia Berita TV1 menonton dengan khusyuk dengan jarak yg dekat dengan TV.

Saya ketika itu sedang bermain sendirian mencipta imaganisi2 bagi mengisi waktu senggang yang amat banyak sambil sekali-sekala melihat ke arah TV. Entah macam mana lambang S46 yang berwarna kuning dan visual beberapa orang lelaki tua yang berkain pelikat dan berserban terlalu kuat masuk ke kotak ingatan kanak-kanak tadika ini. Dan saya dapat memahami bahawa mereka meraikan sebuah kejayaan berbentuk pemilikan kuasa... Itulah dia pilihanraya tahun 1990.

Bermula dari situlah, pengetahuan tentang politik Malaysia terus bercambah apabila saya kembali ke Selangor memasuki sekolah rendah. Baru ada ramai kawan dan baru nak belajar bersosial dgn rakan sebaya.

Tapi, takkan kanak-kanak sekolah rendah borak pasal politik di sekolah? Keluarga saya bukan ahli politik? Mana ada internet masa tu? Saya sambung lain kali ye....

p/s-anak-anak amanah dari ALLAH S.W.T. Tanamkan semangat jihad sejak kecil lagi.

0 Comments:

Post a Comment




 

Blogger Template | Created by Adam Every