Bismillahirrahmanirrahim...

3 jam lebih lagi, edaran waktu akan memasuki gerbang Ramadhan al-mubarak 1429H bagi kaum muslimin-muslimat di Mesir ini.

AHLAN YA RAMADHAN!!!! RAMADHAN KAREEMMM!!!

Menyambut Ramadhan di MEsir ini, memang meriah berbanding Malaysia. TApi tak bermakna hati ini melupai tanah air sendiri. JAuh di sudut hati, terkenang akan keluarga tercinta. PAstinya sajian murtabak yg terhidang bersama juadah lain ketika berbuka puasa mengingatkan ahli keluargaku terhadap diri di perantauan ini.

Murtabak-makan 'time' berbuka, dan simpan bakinya utk makan selepas teraweh n tadarus Quran bila balik dari masjid, memang dah jadi kebiasaan di bulan puasa, huhu.

BERSYUKUR DENGAN SAAT-SAAT DI MADRASAH RAMADHAN.
Bagi org kaya, RM1 bukanlah besar nilainya. Sekeping biskut mana mungkin utk hidangan sang maharaja. Setitis air tiada rugi dibazirkan begitu sahaja....

Namun begitu, Islam itu agama yg mengajar umatnya bersyukur....RAmai yg berdoa dan merintih utk diberi kesempatan utk menikmati RAmadhan setiap tahun. Alhamdulillah, kesempatan itu digunakan sebaik2nya bagi mereka yg tahu mensyukuri nikmat Allah itu.

Tapi, hal itu tak terjadi bagi mereka yg tak tahu menilai dan mensyukuri nikmat dari Tuhan yg Mencipta sekelian alam ini.

10 tahun yg lepas,atuk sebelah bapa ku, meninggal dlm keadaan mengejut pada pagi 1 Ramadhan. Malam sebelum itu, dibawa ke hospital coz batuk2,ditahan utk pemeriksaan. So, duduklah atuk ku di hospital pd mlm tu. Tapi, kelihatannya masih sihat dan mampu utk berjalan ke bilik air pd waktu pagi seperti biasa. Dan yg penting, hari tu, atuk bersahur n berpuasa.
Walau demikian, nikmat utk bernafas di bulan Ramadhan berakhir pada pagi itu....
Atuk muntah,,,dan darah keluar dengan banyaknya.............................
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Atuk sudah 'tiada'. Kembali menghadap Allah Taala.

Moga atuk bahgia di sana. Al-Fatihah.

p/s-Moga kita sama2 mensyukuri setiap detik Ramadhan yg mulia ini....
TAk ku lupa juga buat ibu ku, yg bertarung nyawa melahirkan ku di pagi
20 Ramadhan 1404H. Moga semangat tentera Badar dpt menyelubungi jiwa ku untuk menuruti perjuangan menegakkan ISLAM DI MUKA BUMI ALLAH SWT INI>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>ALLLAHU AKBAR!!!!!


 

Blogger Template | Created by Adam Every