Bismilllahirrahmanirrahim....


Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

berkata jawatannya itu boleh disandang oleh orang Cina

asalkan beliau berkelulusan Universiti al-Azhar.

nik aziz"Kalau ada orang Cina yang keluar

dari al-Azhar, saya sanggup

(serahkan jawatan menteri besar)," katanya.

Menurut laporan Bernama,

Nik Aziz menegaskan demikian

ketika berucap dalam ceramah anjuran kerajaan

Pakatan Rakyat Selangor di Klang malam tadi.

Di majlis yang sama, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi

Awang, pula berkata kejayaan Pakatan menguasai lima

negeri selepas pilihanraya umum baru-baru ini

menandakan satu anjakan paradigma telah berlaku

dalam kalangan rakyat di negara ini.

Beliau berkata ia dibuktikan apabila kaum Cina dan

India bertindak mengundi calon PAS manakala penyokong

PAS turut mengundi DAP dan PKR.

"Kita telah berjaya pecahkan tembok pemisah antara

kaum yang gagal dipecahkan oleh Umno," katanya.

-dipetik dari BERNAMA.


Bismillahirrahmanirrahim....

Tun Dr. MAhathir keluar UMNO akhirnya...opss...ini bukan akhirnya, sama2 nantikan episod seterusnya kerana ini bukan episod akhir politik Dr. M, pemimpin paling licik dalam politik Malaysia....tungguuuu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah LAgi Maha Pengasih


Sosialisme, adalah salah satu fahaman ciptaan manusia yang jauh dari fitrah manusia. Ianya bertentangan dengan risalah suci yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu ISLAM.

PAda bulan April baru ini, sebuah kerajaan berpaksikan sosialisme telah dibentuk di Sepanyol. Persamaan HAk Jantina atau Sexual Equality telah menjadi lambang dan simbol bagi negara yang terkenal dengan kota MAdrid itu. LAungan slogan sosialis itu diperkukuhkan dengan meletakkan 9 wanita di dalam kabinet Sepanyol berbanding 8 orang menteri lelaki.

José Luis Rodríguez Zapatero, Perdana Mentari Sepanyol telah mengangkat Carmé Chacón, dari PArti Sosialis untuk menjadi Menteri Pertahanan. Pelantikan Carmé Chacón dari satu sudut cuba menarik perhatian antarabangsa bahawa sosialisme mampu memberi kepercayaan kepada wanita walaupun yang hamil untuk memimpin tugas berat hatta memimpin ketenteraan negara.

Gambar-gambar dia memeriksa perbarisan tentera disiarkan sebagai propaganda media sosialis bagi memperlihatkan gah dan hebatnya wanita sebagai menteri pertahanan. Itulah dia momokkan sosialisme.

Pastinya Sepanyol cuba untuk bangkit sebagai model kejayaan sosialisme dan pastinya boneka-boneka sosialis di negara-negara umat Islam akan berasa semangat untuk terus menyuntik fahaman sosialis dalam mempengaruhi mereka yang masih kabur dengan Islam.

Sejarah dunia telah memperlihatkan bahawa Sosialisme telah GAGAL untuk dipakai dalam sistem kehidupan manusia sejagat. PAstinya ia akan jatuh lagi.

p/s-nak buat camne, memang tak 'sheshuai' pun.........


Bismillahirrahmanirrahim.....

Dalam meneliti berita-berita yang berbentuk serangan pemikiran dan propaganda memburukkan Islam serta isu-isu umat Islam yang dieksploitasi oleh media2 barat khususnya. Maka dengan kuasa Allah Ta'ala, terbitlah satu kisah benar mengenai kejujuran & ketulusan hati seorang muslim, MOhamed Khalil,57,kelahiran Mesir, yang mencari rezeki sebagai pemandu teksi di New York.

Kisah bermula pada malam 21 April apabila pemain Viola yg tercalon sbg pemenang anugerah Grammy,Philippe Quint,34, telah terlupa bahawa beliau tertinggal viola bernilai 4.2 juta dolar dan berusia 285 tahun di kerusi belakang teksi yang dipandu oleh Mohamed Khalil.

Berita kehilangan viola kurun ke-18 ini, yang mana ianya hasil tangan rakyat Itali, Antonio Stradivari dan dimiliki oleh komposer dan pemuzik Jerman, Christophe Kiesewetter, telah menggemparkan peminat dan ahli muzik seluruh dunia. Beritanya tersebar luas.

Pendek cerita, keesokkan paginya, Mohamed Khalil,57, menjumpai sebuah beg di tempat duduk belakang teksinya dan memulangkannya ke Newark airport tanpa mengetahui isi kandungan beg tersebut.

Atas kejujuran ini, beliau telah dianugerahkan sebutir pingat dari city of Newark. Malah, Quint juga memberi penghormatan kepada beliau dengan mempersembahkan gersikkan viola tersebut selama 30 minit untuk Mohamed Khalil dan sahabat2 sekerjanya.

Moral:
1) Akhlak muslim itu dapat memadamkan api fitnah terhadap ISlam dan para penganutnya.
2) Kepentingan sebaran media massa. Sebagai contoh, walaupun viola hanya hilang dalam masa 6 jam , akan tetapi, berita kehilangan telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia.
3)Dakwah bukan hanya terhad pada kata-kata, sebaliknya ia mencakupi gaya hidup, tingkah laku, penulisan, dan sebagainya.

p/s-hairan ye...berita2 buruk psl perilaku umat Islam, selalu disensasikan. Yg baik, sering dipandang sepi. Itulah penting media massa bagi umat ISlam di dalam mematahkan serangan pemikiran masa kini.



Oleh AdukaTaruna

Sir,

PER : Mengadu Kebaculan Pengikut Manchester United.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas kepada tuan, atas kejayaan pihak Manchester United menjadikan para pemimpin negara kami sebagai pengikut. Saya amat terharu sehingga berlinangan air mata apabila pemimpin negara kami menjemput pihak tuan berlawan dengan pasukan negara kami sempena hari kemerdekaan.



Linangan air mata itu akan terus mencurah-curah sekiranya pasukan tuan membelasah pasukan negara kami sempena hari kemerdekaan yakni juga dari pihak tuan. Syahdunya. Bagaikan tuan anjing yang mempamerkan kepatuhan si anjing di hadapan penonton yang juga terdiri daripada golongan anjing.

Cuma, entah bagaimana, program yang amat baik bagi meningkatkan keinsafan mengenai erti kemerdekaan negara kami itu terbatal. Walaupun pengikut tersetia pihak tuan, Paklah dan menantunya campur tangan, ternyata pihak FIFA tidak membenarkannya. Alangkah ruginya kepada kami, terutama anak cucu kami, terlepas satu program ‘tarbiyah’ erti kemerdekaan.

2. Tuan. Itu pengaduan kami yang pertama. Pengaduan kami yang kedua ialah mengenai adanya muslihat tertinggi untuk menjatuhkan pihak tuan sempena kejayaan tuan ke final Piala Juara-juara. Tuan akan bertemu dengan pasukan Chelsea. Dan inilah pengaduan kedua pihak kami.

Negara kami sanggup mengesahkan passport negara Israel, di mana sekaligus mengiktiraf kewujudan negara haram itu, dan secara automatiknya melukakan perasaan saudara kami sendiri di seluruh dunia. Mengapa? Kerana pasukan negara kami sedang memindahkan tektikal / kemahiran terkini milik negara kami kepada pasukan Chelsea.

Ini sudah pasti mendatangkan satu ketidakadilan. Kerana pihak tuan tidak berpeluang berkursus dengan kami, di mana seluruh dunia mengeruni kehebatan pasukan bola sepak kami. Ranking kegerunan itu semakin meningkat apabila menantu Perdana Menteri kami menjadi orang besar di dalam FAM.

Harap, dengan pendedahan berani ini, pihak tuan dapat membantah perkara ini ke FIFA sebelum pasukan tuan dibelasah menggunakan segala ilmu yang kami ajar itu.

3. Seterusnya tuan, yang terbaru, isu rasuah melanda bola sepak kami. Masalahnya rasuah. Penyelesaian pemimpin kami, di mana majoriti mereka semua peminat pihak tuan ialah membatalkan Piala Malaysia. Nampak pelik kan. Tetapi itulah tektikal semulajadi kami. Kita tengok lagi.

Masalahnya ialah perbahasan parlimen dikatakan seperti sarkas. Penyelesaiannya ialah membatalkan siaran langsung. Ha.. inilah cara semulajadi pihak kami, tuan. Ada lagi. Masalahnya manusia itu berani berkata benar. Penyelesaiannya ialah ISA / bunuh / belasah. Ada lagi banyak tuan, tetapi penat pula menaip. Saya bagi satu contoh akhir. Masalahnya ada orang seludup dakwat. Penyelesaiannya ialah membatalkan sistem dakwat. Yang ini ada masalah berbangkit. Masalah berbangkit itu ialah rumah disimbah dakwat.

4. Jadi, harap tuan dapat mempertimbangkan aduan saya ini untuk diambil tindakan yang sepatutnya bagi pihak tuan. Segala kerjasama pihak tuan terhadapnya saya ucapkan ribuan terima kasih. Akhir kata, semoga Manchester United berjaya memenangi EPL dan Piala Juara.

Yang benar,


............................
(AdukaTaruna)




-p/s-copy dan dari tranungkite.net & disertakan gambar2 hiasan.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9637


 

Blogger Template | Created by Adam Every