Bismillahirrahmanirrahim...
19 Jun 2008
Alhamdulillah....Dengan kehendak Allah Taa'la, ulang tahun kelahiranku tiba tatkala kaki ku menjejaki 2 daerah di utara benua Afrika, iaitu, Matruh dan Siwa. emmm...sempena rehlah musim panas bersama Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.
Matruh terletak di kawasan persisiran pantai yg menghadap Laut Medirateranean. Manakala, Siwa adalah sebuah lembah di kawasan gurun. Jauhnya dalam 400km dari arah barat daya Matruh. Siwa ni, hampir dengan sempadan Mesir-Libya.
Hari ini banyak memberi erti pada diriku. Mungkin org. lain sambut hari lahir dengan buat kenduri kesyukuran, potong kek, dsb. Tapi hari ini, aku sambutnya dgn menempuh bahang mentari di musim panas ini, merentasi kawasan gurun menuju Siwa dari Matruh.
Perasaan merentasi gurun pada waktu siang dan malam memberi satu pengalaman yang berharga buat diri ku. Siang dibakar dengan sinaran sang suria dan malam ditemani cahaya bulan penuh. Subhanallah.
Bila bermusafir, apatah lagi berkelana di tempat yg jauh serta asing lebih2 lagi ditengah2 padang pasir ini, PENGHARAPAN ku hanya kpd ALLAH swt. Tapi aku sedar, hidup aku di dunia pun sbg MUSAFIR. 24 tahun, banyak mana bekalanku? Walaupun ku tahu, amalan bukan jaminan ke Syurga. ..Tapi amalan tanda PATUH dan TAAT kepada ALLAH Taa'la.
Panjang mana usia seseorang, bukanlah ukuran. Tetapi sejauh mana seseorang itu memanfaatkan usianya untuk manfaat org lain dlm meninggikan syiar Islam.
"ku mohon redha Mu ya Allah, Penciptaku......Aminn"
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Solihin Mokhyi berharap Tan Sri Khalid segera bertindak agar tidak mencetuskan ketidakpuasan hati rakan kongsi khususnya PAS dalam kerajaan yang baru diamanahkan oleh rakyat.
-hmmm...konsert ini dianjurkan oleh KDEB-Kumpulan Darul Ehsan Berhad (anak syarikat kerajaan negeri Selangor) sempena perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor pada Julai ni. Konsert pada sebelah petang dan perlawanan bola sepak pada sebelah malam.
Dari isu babi, air percuma, janji manifesto, pengharaman Islam Hadhari dan terkini isu konsert ratu rock dan dangdut ini. Cuma yang jelas, serangan2 ini cuba menunjukkan kepada seluruh rakyat Selangor bahawa PR GAGAL utk menjadi sebuah kerajaan yg baik.
Dalam isu konsert ini, sepatutnya KDEB perlu memahami aspirasi rakyat utk menghidupkan suasana Islam di Selangor. JAngan la terlalu terikut2 dengan aspirasi UMNO lagi. Jika konsert ratu rock dan dangdut ini diteruskan, pastinya ia akan menjadi bahan oleh UMNO utk menghentam PR. Lebih2 lagi setelah 100 hari PR memerintah Selangor.
Memang masih ramai kakitangan kerajaan negeri yg kuat UMNO nya. So, memang payah utk mereka memahami dan melaksanakan aspirasi Pakatan Rakyat sebagai kerajaan Negeri Selangor.
Serangan luar dari pembangkang, Dr. Khir and the gang. Serangan dalaman, kakitangan/jabatan yg berfikrah UMNO.
So, camne? PR perlu memperkuatkan hubungan antara parti2 sebagai sebuah kerajaan campuran yg menghormati prinsip masing2. Kuatkan kerjasama siyasah antara parti, hubungan baik dgn istana, tadbir kerajaan dgn baik dan jgn melatah dgn pembangkang.
| Bismilllahirrahmanirrahim.... |
| Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jawatannya itu boleh disandang oleh orang Cina asalkan beliau berkelulusan Universiti al-Azhar.
dari al-Azhar, saya sanggup (serahkan jawatan menteri besar)," katanya. Menurut laporan Bernama, Nik Aziz menegaskan demikian ketika berucap dalam ceramah anjuran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di Klang malam tadi. Di majlis yang sama, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pula berkata kejayaan Pakatan menguasai lima negeri selepas pilihanraya umum baru-baru ini menandakan satu anjakan paradigma telah berlaku dalam kalangan rakyat di negara ini. Beliau berkata ia dibuktikan apabila kaum Cina dan India bertindak mengundi calon PAS manakala penyokong PAS turut mengundi DAP dan PKR. "Kita telah berjaya pecahkan tembok pemisah antara kaum yang gagal dipecahkan oleh Umno," katanya. -dipetik dari BERNAMA. |
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah LAgi Maha Pengasih
Sosialisme, adalah salah satu fahaman ciptaan manusia yang jauh dari fitrah manusia. Ianya bertentangan dengan risalah suci yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu ISLAM.
PAda bulan April baru ini, sebuah kerajaan berpaksikan sosialisme telah dibentuk di Sepanyol. Persamaan HAk Jantina atau Sexual Equality telah menjadi lambang dan simbol bagi negara yang terkenal dengan kota MAdrid itu. LAungan slogan sosialis itu diperkukuhkan dengan meletakkan 9 wanita di dalam kabinet Sepanyol berbanding 8 orang menteri lelaki.
José Luis Rodríguez Zapatero, Perdana Mentari Sepanyol telah mengangkat Carmé Chacón, dari PArti Sosialis untuk menjadi Menteri Pertahanan. Pelantikan Carmé Chacón dari satu sudut cuba menarik perhatian antarabangsa bahawa sosialisme mampu memberi kepercayaan kepada wanita walaupun yang hamil untuk memimpin tugas berat hatta memimpin ketenteraan negara.
Gambar-gambar dia memeriksa perbarisan tentera disiarkan sebagai propaganda media sosialis bagi memperlihatkan gah dan hebatnya wanita sebagai menteri pertahanan. Itulah d
ia momokkan sosialisme.
Pastinya Sepanyol cuba untuk bangkit sebagai model kejayaan sosialisme dan pastinya boneka-boneka sosialis di negara-negara umat Islam akan berasa semangat untuk terus menyuntik fahaman sosialis dalam mempengaruhi mereka yang masih kabur dengan Islam.
Sejarah dunia telah memperlihatkan bahawa Sosialisme telah GAGAL untuk dipakai dalam sistem kehidupan manusia sejagat. PAstinya ia akan jatuh lagi.
p/s-nak buat camne, memang tak 'sheshuai' pun.........


