Al-Makr: Penghinaan Terhadap Islam Tidak Berakhir

Penghinaan terhadap Islam bukanlah perkara baharu dalam sejarah tamadun manusia. Ia telah berlangsung sejak kali pertama Allah SWT memerintah iblis untuk sujud kepada Adam yang enggan berbuat demikian kerana merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam, malah sudah lebih lama wujud daripada Adam ribuan tahun sebelumnya.

Siri penentangan terhadap tidak berakhir di situ, malah ia diteruskan dengan beberapa siri lain yang berlaku terhadap umat para anbiya yang tidak dapat menerima kebenaran yang dibawa oleh nabi masing-masing. Ia disebabkan ada dalam hati mereka rasa tidak setuju dengan apa yang dibawa kerana mendakwa mereka pun cerdik seperti nabi-nabi.

Justeru, Allah SWT menegaskan dalam al-Quran menerusi ayat 112 surah al-An'am maksudnya: "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh daripada syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu."

Jelas daripada apa yang ditegaskan Allah dalam ayat tersebut di atas, bahawa kalau terdapat di kalangan nabi-nabi itu syaitan berupa manusia, yang kerjanya untuk menyesatkan sekalian manusia, maka ia juga terdapat di kalangan manusia pada hari ini yang berusaha untuk menyesatkan manusia dengan kata-kata indah melalui tulisan, pembentangan kertas-kertas kerja dalam seminar, penyampaian dalam majlis-majlis dialog dan sebagainya.

Pada hal ciri-ciri syaitan ada pada mereka, bagi yang mengenal Islam dengan baik sahaja yang dapat mengelakkan diri daripada terperangkap dengan kata-kata indah tersebut.

Pada awal abad ke-21, masyarakat Islam dikejutkan dengan kemunculan penulis dan individu yang diyakini telah cuba menulis atau membuat kenyataan secara sedar, jelas dan berterusan dengan niat dan tindakan untuk menghina Islam. Mereka cuba memberi gambaran Islam yang salah dengan mengikuti pandangan peribadi mereka semata-mata tanpa dirujuk kepada asas-asas kaedah dan disiplin ilmu pentafsiran al-Quran dan Al-Hadis yang betul daripada persepakatan ulama yang muktabar (yang diterima pakai dan tidak dipertikai oleh seluruh ulama).


Maka berlakulah penyimpangan gambaran Islam sebenar hingga lahir aliran atau fahaman sekularisme yang memisahkan agama daripada kehidupan berpolitik dan bermasyarakat. Seolah-olah Islam tiada hubungan dengan persoalan kehidupan Muslim, iaitu agama individu adalah Islam, tetapi kalau cara berfikirnya tidak Islam tidak menjadi masalah. Inilah pandangan sekularisme yang dipelopori oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki yang menjadi tali barut Inggeris bagi menjatuhkan empayar Uthmaniyah.


Kalau benar kenyataannya itu, apa perlu untuk mengguling pemerintahan Islam Uthmaniyah, biarkan Sultan Abdul Hamid memerintah negara dengan Islam, sistem politik sahaja yang perlu ditukar kepada sekularisme, tetapi itu tidak akan berlaku, kerana sekularisme mempunyai agenda tersendiri bagi meraih sokongan pihak tertentu untuk menguasai negara.

Percubaan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya mahu menjadikan Islam dan hukum-hukum syariat Islam sebagai suatu perdebatan yang bebas mengikut sesuka hati dan mengenepikan asas-asas kaedah dan disiplin ilmu yang betul dalam Islam.

Antara kenyataan yang ditulis dan siar oleh penulis dan badan-badan yang menyebut Islam boleh ditafsir oleh sesiapa contohnya:


1. Pandangan oleh Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam: "Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu, sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata." (Utusan Malaysia, 26 September 2000)


2. Pandangan Dr Kassim Ahmad, penulis dan penganalisis bebas: "Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman." Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik." (New Straits Times, 12 Oktober 2000)

Situasi begini bukan sahaja merosakkan imej kesucian Islam, malahan menimbulkan kekeliruan yang bahaya di kalangan masyarakat awam khususnya masyarakat Islam di negara ini. Jika agama Islam dibiarkan didebat secara bebas seperti yang ditulis oleh pihak tertentu tanpa mengikut disiplin ilmu-ilmu Islam yang betul maka kewibaan seluruh institusi-institusi Islam di negara ini akan terdedah kepada cercaan dan penghinaan.

Mereka Kata




I

Mereka kata
Calon kita lemah
Jawab kita
Biar lemah asal tak rasuah

II



Kita kata
Apa guna kuat
Jika menyokong golongan pro-maksiat

III

Mereka pula kata
Kami bawa pembangunan
Kita kata
Kita utamakan pembangunan agama
Berlogokan Bulan Purnama
Membangunan Islam Bersama
Tentu dapat pahala
Bila berserban di kepala
Abe Uji buat ini semua

IV

Oleh itu
Menangkan Abe Uji
Tanda anda mengaji


Pilih Yang Beriman

I

Pilih
Antara dua calon
Satu dari Jemaah Islamiah
Satu UMNO
Akhirat NO

II

Pilih
Antara Abe Uji dan lawan
Dengan ulamak Abe Uji berkawan
Asasnya iman
Beriman kepada Hari Kemudian
Undilah calon berlogokan Bulan
Dari Israk Mikraj ambil teladan
Diwajibkan sembahyang
Lima waktu sehari semalam
Mahu selamat ikut Islam
Oleh itu undilah Mohd Fauzi bin Abdullah
Dianggap sebagai ibadat
Bersih niat
Betul iktiqad
Menangkan PAS adalah jihad
Untuk di Hari Akhirat


Tindakan Terpuji

I

Wahai 12,293 pengundi budiman
Tentu anda beriman
Tentu mudah buat pilihan
Abe Uji calon pilihan

II

Fikirlah 12,293 pengundi
14 Julai 2009 hari mengundi
Mari berbudi
Undi saja Abe Uji
Tindakan anda tindakan terpuji
Tentu anda mengaji
Ingatlah akujanji
Sewaktu solat
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku,
Dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan semesta alam"
Undi Abe Uji tanda anda betul-betul
Minat jemaah Islam
Tanda iman kuat di dalam
Biarkan calon lawan tenggelam
Seperti kapal titanik di lautan dalam


HMS ABU BAKAR

Kenyataan Media Mursyidul Am PAS


Kenyataan Media
Mursyidul Am PAS
22 Jun 2009


Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di Pejabat Agung dalam semangat kekeluargaan menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa yang dibesar-besarkan oleh media perdana. Kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku di antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik murahan umno.



Kami bersama-sama dalam satu saff yang padu untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanahair.


Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik Kerajaan Perpaduan diberhentikan serta merta sepertimana telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Bangunan Parlimen jam 2 30 petang tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.


Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi.


YAB Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Lebih lanjut, sila layari http://www.pas.org.my/

Pupuklah Ukhuwah


Bismillahirrahmaanirrohim....

Satu demi satu ujian @ bala menimpa Mesir. Dalam sibuk menangani virus H1N1 atau selsema babi, kini, negara yang mempunyai maqam Firaun yang sentiasa dilawati oleh manusia dan jin ini sedang diancam wabak TAUN.

Buat masa ini,wabak ini yang dikenali Taun Libya masih belum memasuki Mesir. Namun begitu, wabak ini telah menyebabkan satu kes kematian di Tabrak,Libya yang terletak sempadan barat Mesir.

Kementerian Kesihatan Mesir di bawah Menteri Dr. Hatim al-Jabali telah mengarahkan pemeriksaan kesihatan disempadan Libya-Mesir. Menurut beliau, Mesir setakat ini bebas dari bakteria penyebab Taun ini. Ianya hanya berlaku di sebuah perkampungan di selatan Tabrak,Libya berdekatan sempadan Mesir.

Taun Libya telah menyebabkan satu kematian, menjangkiti 12 orang yang mana 7 daripadanya telah stabil dan 4 org masih dirawat. Kesemuanya di Tabrak,Libya.

Satu jawatankuasa kecemasan telah dibentuk oleh Mesir yang diketuai oleh Dr. 'Adil Abu Zaid(pegawai Kesihatan Daerah Matruh).

p/s-Kpd mana-mana penganjur rehlah ke Matruh-Siwa, sila sentiasa rujuk kpd PMRAM untuk tahu qarar semasa dari Polis Mesir.


 

Blogger Template | Created by Adam Every