Bismilllahirrahmanirrahim....


Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

berkata jawatannya itu boleh disandang oleh orang Cina

asalkan beliau berkelulusan Universiti al-Azhar.

nik aziz"Kalau ada orang Cina yang keluar

dari al-Azhar, saya sanggup

(serahkan jawatan menteri besar)," katanya.

Menurut laporan Bernama,

Nik Aziz menegaskan demikian

ketika berucap dalam ceramah anjuran kerajaan

Pakatan Rakyat Selangor di Klang malam tadi.

Di majlis yang sama, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi

Awang, pula berkata kejayaan Pakatan menguasai lima

negeri selepas pilihanraya umum baru-baru ini

menandakan satu anjakan paradigma telah berlaku

dalam kalangan rakyat di negara ini.

Beliau berkata ia dibuktikan apabila kaum Cina dan

India bertindak mengundi calon PAS manakala penyokong

PAS turut mengundi DAP dan PKR.

"Kita telah berjaya pecahkan tembok pemisah antara

kaum yang gagal dipecahkan oleh Umno," katanya.

-dipetik dari BERNAMA.


Bismillahirrahmanirrahim....

Tun Dr. MAhathir keluar UMNO akhirnya...opss...ini bukan akhirnya, sama2 nantikan episod seterusnya kerana ini bukan episod akhir politik Dr. M, pemimpin paling licik dalam politik Malaysia....tungguuuu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah LAgi Maha Pengasih


Sosialisme, adalah salah satu fahaman ciptaan manusia yang jauh dari fitrah manusia. Ianya bertentangan dengan risalah suci yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu ISLAM.

PAda bulan April baru ini, sebuah kerajaan berpaksikan sosialisme telah dibentuk di Sepanyol. Persamaan HAk Jantina atau Sexual Equality telah menjadi lambang dan simbol bagi negara yang terkenal dengan kota MAdrid itu. LAungan slogan sosialis itu diperkukuhkan dengan meletakkan 9 wanita di dalam kabinet Sepanyol berbanding 8 orang menteri lelaki.

José Luis Rodríguez Zapatero, Perdana Mentari Sepanyol telah mengangkat Carmé Chacón, dari PArti Sosialis untuk menjadi Menteri Pertahanan. Pelantikan Carmé Chacón dari satu sudut cuba menarik perhatian antarabangsa bahawa sosialisme mampu memberi kepercayaan kepada wanita walaupun yang hamil untuk memimpin tugas berat hatta memimpin ketenteraan negara.

Gambar-gambar dia memeriksa perbarisan tentera disiarkan sebagai propaganda media sosialis bagi memperlihatkan gah dan hebatnya wanita sebagai menteri pertahanan. Itulah dia momokkan sosialisme.

Pastinya Sepanyol cuba untuk bangkit sebagai model kejayaan sosialisme dan pastinya boneka-boneka sosialis di negara-negara umat Islam akan berasa semangat untuk terus menyuntik fahaman sosialis dalam mempengaruhi mereka yang masih kabur dengan Islam.

Sejarah dunia telah memperlihatkan bahawa Sosialisme telah GAGAL untuk dipakai dalam sistem kehidupan manusia sejagat. PAstinya ia akan jatuh lagi.

p/s-nak buat camne, memang tak 'sheshuai' pun.........


Bismillahirrahmanirrahim.....

Dalam meneliti berita-berita yang berbentuk serangan pemikiran dan propaganda memburukkan Islam serta isu-isu umat Islam yang dieksploitasi oleh media2 barat khususnya. Maka dengan kuasa Allah Ta'ala, terbitlah satu kisah benar mengenai kejujuran & ketulusan hati seorang muslim, MOhamed Khalil,57,kelahiran Mesir, yang mencari rezeki sebagai pemandu teksi di New York.

Kisah bermula pada malam 21 April apabila pemain Viola yg tercalon sbg pemenang anugerah Grammy,Philippe Quint,34, telah terlupa bahawa beliau tertinggal viola bernilai 4.2 juta dolar dan berusia 285 tahun di kerusi belakang teksi yang dipandu oleh Mohamed Khalil.

Berita kehilangan viola kurun ke-18 ini, yang mana ianya hasil tangan rakyat Itali, Antonio Stradivari dan dimiliki oleh komposer dan pemuzik Jerman, Christophe Kiesewetter, telah menggemparkan peminat dan ahli muzik seluruh dunia. Beritanya tersebar luas.

Pendek cerita, keesokkan paginya, Mohamed Khalil,57, menjumpai sebuah beg di tempat duduk belakang teksinya dan memulangkannya ke Newark airport tanpa mengetahui isi kandungan beg tersebut.

Atas kejujuran ini, beliau telah dianugerahkan sebutir pingat dari city of Newark. Malah, Quint juga memberi penghormatan kepada beliau dengan mempersembahkan gersikkan viola tersebut selama 30 minit untuk Mohamed Khalil dan sahabat2 sekerjanya.

Moral:
1) Akhlak muslim itu dapat memadamkan api fitnah terhadap ISlam dan para penganutnya.
2) Kepentingan sebaran media massa. Sebagai contoh, walaupun viola hanya hilang dalam masa 6 jam , akan tetapi, berita kehilangan telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia.
3)Dakwah bukan hanya terhad pada kata-kata, sebaliknya ia mencakupi gaya hidup, tingkah laku, penulisan, dan sebagainya.

p/s-hairan ye...berita2 buruk psl perilaku umat Islam, selalu disensasikan. Yg baik, sering dipandang sepi. Itulah penting media massa bagi umat ISlam di dalam mematahkan serangan pemikiran masa kini.



Oleh AdukaTaruna

Sir,

PER : Mengadu Kebaculan Pengikut Manchester United.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas kepada tuan, atas kejayaan pihak Manchester United menjadikan para pemimpin negara kami sebagai pengikut. Saya amat terharu sehingga berlinangan air mata apabila pemimpin negara kami menjemput pihak tuan berlawan dengan pasukan negara kami sempena hari kemerdekaan.



Linangan air mata itu akan terus mencurah-curah sekiranya pasukan tuan membelasah pasukan negara kami sempena hari kemerdekaan yakni juga dari pihak tuan. Syahdunya. Bagaikan tuan anjing yang mempamerkan kepatuhan si anjing di hadapan penonton yang juga terdiri daripada golongan anjing.

Cuma, entah bagaimana, program yang amat baik bagi meningkatkan keinsafan mengenai erti kemerdekaan negara kami itu terbatal. Walaupun pengikut tersetia pihak tuan, Paklah dan menantunya campur tangan, ternyata pihak FIFA tidak membenarkannya. Alangkah ruginya kepada kami, terutama anak cucu kami, terlepas satu program ‘tarbiyah’ erti kemerdekaan.

2. Tuan. Itu pengaduan kami yang pertama. Pengaduan kami yang kedua ialah mengenai adanya muslihat tertinggi untuk menjatuhkan pihak tuan sempena kejayaan tuan ke final Piala Juara-juara. Tuan akan bertemu dengan pasukan Chelsea. Dan inilah pengaduan kedua pihak kami.

Negara kami sanggup mengesahkan passport negara Israel, di mana sekaligus mengiktiraf kewujudan negara haram itu, dan secara automatiknya melukakan perasaan saudara kami sendiri di seluruh dunia. Mengapa? Kerana pasukan negara kami sedang memindahkan tektikal / kemahiran terkini milik negara kami kepada pasukan Chelsea.

Ini sudah pasti mendatangkan satu ketidakadilan. Kerana pihak tuan tidak berpeluang berkursus dengan kami, di mana seluruh dunia mengeruni kehebatan pasukan bola sepak kami. Ranking kegerunan itu semakin meningkat apabila menantu Perdana Menteri kami menjadi orang besar di dalam FAM.

Harap, dengan pendedahan berani ini, pihak tuan dapat membantah perkara ini ke FIFA sebelum pasukan tuan dibelasah menggunakan segala ilmu yang kami ajar itu.

3. Seterusnya tuan, yang terbaru, isu rasuah melanda bola sepak kami. Masalahnya rasuah. Penyelesaian pemimpin kami, di mana majoriti mereka semua peminat pihak tuan ialah membatalkan Piala Malaysia. Nampak pelik kan. Tetapi itulah tektikal semulajadi kami. Kita tengok lagi.

Masalahnya ialah perbahasan parlimen dikatakan seperti sarkas. Penyelesaiannya ialah membatalkan siaran langsung. Ha.. inilah cara semulajadi pihak kami, tuan. Ada lagi. Masalahnya manusia itu berani berkata benar. Penyelesaiannya ialah ISA / bunuh / belasah. Ada lagi banyak tuan, tetapi penat pula menaip. Saya bagi satu contoh akhir. Masalahnya ada orang seludup dakwat. Penyelesaiannya ialah membatalkan sistem dakwat. Yang ini ada masalah berbangkit. Masalah berbangkit itu ialah rumah disimbah dakwat.

4. Jadi, harap tuan dapat mempertimbangkan aduan saya ini untuk diambil tindakan yang sepatutnya bagi pihak tuan. Segala kerjasama pihak tuan terhadapnya saya ucapkan ribuan terima kasih. Akhir kata, semoga Manchester United berjaya memenangi EPL dan Piala Juara.

Yang benar,


............................
(AdukaTaruna)




-p/s-copy dan dari tranungkite.net & disertakan gambar2 hiasan.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9637



Muhammed Mahdy Akef, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin menyatakan bahawasanya mereka menolak sebarang bentuk polisi bagi mengukuhkan korupsi dan pemerintahan yang zalim. Ikhwan Muslimin turut menggalakkan apa sahaja usaha proaktif oleh rakyat bagi menyelesaikan permasalaha
n negara. Perubahan secara aman adalah tanggungjawab setiap rakyat Mesir.

Ikhwan Muslimin turut menyokong protes-protes aman yang menggesa kepada jalan keluar terhadap krisis-krisis dan penyelesaian kepada keadaan yang bertambah kritikal yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Mesir.

Ekoran daripada sikap pihak berkuasa yang memandang sepi terhadap suara perubahan yang diinginkan oleh rakyat, Ikhwan Muslimin telah mengisytiharkan sokongannya terhadap gesaan untuk BERADA DI RUMAH SEPANJANG HARI PADA 4 MEI, dengan pengecualian kepada mereka yang bekerja di sektor perubatan, pusat2 khidmat awam dan para pelajar yang mengambil peperiksaan di mana-mana institusi.

Ikhwan Muslimin menekankan bahawa mereka menolak apa jua tindakan yang boleh mengakibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda awam dan persendirian. Mereka turut mengulangi nasihat supaya mereka yang menyertai mogok ini agar tidak menjadikan protes aman ini kepada sebarang bentuk kekacauan dan huru-hara.

-p/s-Kepada pelajar2 foreigner yang duduk Mesir tu, ambil2 lah tahu pasal hal ehwal Mesir. Dok buka internet baca berita psl negara sendiri, org gaduh depan mata pulak tak nampak. emmm...boleh tak pakai pepatah 'kuman di seberang sungai dihebohkan, gajah di depan mata pula tak nampak'...hehe, ada ke pepatah ni?

Bagi mereka yang tak tahu, mcm2 masalah kat Mesir ni. HArga barang naik dan naik. Beratus2 org i.m kena tangkap. Masa pilihanraya baru ni, tinggal 20 orang je calon i.m. Yang lain semua kena tangkap sebelum bertanding. Ada ura-ura yang kuat, Gamal Mubarak akan ganti bapaknya nanti. Mogok 6 April lepas memperlihatkan suara kesengsaraan rakyat Mesir.

So, hati2 la kalau berjalan keluar nak pegi exam tu. Jgn lupa doakan untuk kebangkitan umat Islam di seluruh dunia. Jgn fikir hal diri sendiri aje....

Amaran: Jgn. keluar rumah 4 Mei ni. yang exam kena la pegi hehe. Solat jemaah kat masjid tu, kena la pegi. Jgn bagi alasan......


Assalamualaikum w.b.t.h

Bagi mereka yang selalu menonton al-Jazeera (versi Bahasa Arab), pastinya sering kali memerhatikan montaj mengenai gesaan pembebasan Sami al-Hajj, iaitu, jurukamera al-Jazeera yang ditempatkan oleh Amerika Syarikat dipusat tahanan pengganas di Guantanamo, Cuba.

Montaj tersebut disiar-ulang acapkali sejak lebih 6 tahun dahulu. Hinggalah tanggal 1 Mei 2008, Sami telah dikeluarkan dari pusat tahanan Guantanamo dan dihantar ke Sudan. Beliau tiba di Sudan pada awal pagi Jumaat kelmarin, diusung keluar dari pesawat tentera udara Amerika dan dihantar terus ke hospital.

Beliau ditahanada Disember 2001 oleh perisik Pakistan berhampiran sempadan Afghanistan ketika bertugas sebagai jurukamera saluran tv Bahasa Arab al-Jazeera di Afghanistan. Terus diserahkan kepada tentera Amerika pada Januari 2002 dan dihantar ke Guantanamo.

"Saya sungguh gembira berada di Sudan, tetapi saya terlalu sedih mengingatkan saudara-saudara kita yang masih ditahan di Guantanamo. Keadaan di Guantanamo, memang terlalu teruk dan bertambah teruk setiap hari," katanya ketika berehat di katil hospital.


''Di Guantanamo...tikus-tikus 'dilayan' lebih baik berbanding manusia oleh tentera Amerika. Sedangkan di sana, terdiri daripada tahanan-tahanan dari 50 negara yang memiliki hak asasi manusia yang perlu diberikan."



Sami al-Hajj turut terkilan kerana telah lebih 7 tahun mereka (tahanan-tahanan Guantanamo), tidak dibeikan hak untuk dibicarakan di mahkamah sivil bagi mempertahankan kes mereka.


Dua orang warga Sudan yang turut dilepaskan bersama Sami al-Hajj adalah

Amir Yaakub al-Amir dan Walid Ali. Dimaklumkan, seorang tahanan warga Maghribi, Said Boujaadia, dihantar pulang ke negaranya dengan pesawat yang sama.

Kini, seramai 275 orang tahanan masih terkurung dan terseksa di Guantanamo. Menurut David Remes, peguam yang mewakili 17 tahanan, memberitahu bahawa 1 per 3 daripada jumlah baki tahanan adalah warga Yaman.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar mereka semua selamat dan diberi kekuatan rohani dan jasmani, insyaAllah.



Bismillah...Segala puji kepada Allah s.w.t, Pencipta sekalian alam.

Hari ini 1 Mei, HAri Buruh@ Hari Pekerja. Semua cuti. Termasuklah yang menganggur, turut sama cuti, hehehe.

Sahabatku, Acer (nickname dia) turut merasakan 'specialnye' hari ni, tapi bukan sebagai pekerja, tapi melahirkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerna telah memberi nikmat hidup di dunia ini untuk melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-NYa. Hari ni birthday dia.

HAri Guru-16 Mei. emmm.......mesti ramai yang masih ingat sambutan hari Guru ketika di sekolah rendah dan menengah dahulu. Cikgu Nizam(guru disiplin), cikgu Abdul Rahman (guru kelas), Miss TAn (guru Muzik), Ustaz Khairudin, Ustazah Melur. Sek. Men- Ustaz Munzir, Ustaz Shamsudin, UStazah MAsirah, Ustaz Bustamam, Ustaz Sarbini, Ustazah Rabiah, Ustaz Hidayat, Ustazah Norliza, cikgu Rosnah, cikgu Mazwin, ustaz Abdul Rahman, cikgu Faridah, cikgu Barizah(al-Fatihah), cikgu Noriah, ustaz MAhzun, ustaz Samuri, cikgu Salbiah, cikgu Badariah, ustaz Badrudin......

Ade lagi, ustaz Ismail Musytari, cikgu Amir (merangkap warden ala-Tentera), us.Khairuzaman, Cikgu Achemad & Pn. Fauziah (my addmath teachers), Ustaz Roslan, cikgu Kamal, cikgu Kamarullail, ustaz ...............

Ustaz FArid, us.Khiral Anuar, us. Abu, Dr. Abdee, Us.sharul, Us. Fauzi, Us. Fairuz, Us. Ahmad, Dr. Ibrahim, Dr. NAbil, sheikh Sami, Dr. Abdullah, Dr. Afnawi dll....................

-Terima kasih kepada Semua yang pernah mengajarku. Jasa kalian, hanya Allah sahaja membalasnya. To my music's teacher, i pray to Allah for your direction toward being a muslim. InsyaAllah. Opps, terima kasih juga kepada guru yang mengajar ku menulis abjad2 di tadika, cikgu Ros (memang garang hingga terpaksa menarik hidungku kerana tidak lepas2 menulis abjad 'a'), mujur ada opahku yang menunjukkan cara yang mudah untuk cucu kesayangannya ini.

Mei-HAri ibu.....lebih bermakna bagi diriku, ulang tahun kelahiran ibuku, jatuh pada bulan ini.

khas buat mereka-(sahabat-Guru-Ibu),
(hari Bapa, bulan 6)

-p/s-Berilah penghargaan kepada sesiapa shj walaupun dengan hanya mengingati tarikh lahirnya dan seumpama dengannya.


 

Blogger Template | Created by Adam Every