Surat terbuka kepada Alex Ferguson



Oleh AdukaTaruna

Sir,

PER : Mengadu Kebaculan Pengikut Manchester United.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas kepada tuan, atas kejayaan pihak Manchester United menjadikan para pemimpin negara kami sebagai pengikut. Saya amat terharu sehingga berlinangan air mata apabila pemimpin negara kami menjemput pihak tuan berlawan dengan pasukan negara kami sempena hari kemerdekaan.



Linangan air mata itu akan terus mencurah-curah sekiranya pasukan tuan membelasah pasukan negara kami sempena hari kemerdekaan yakni juga dari pihak tuan. Syahdunya. Bagaikan tuan anjing yang mempamerkan kepatuhan si anjing di hadapan penonton yang juga terdiri daripada golongan anjing.

Cuma, entah bagaimana, program yang amat baik bagi meningkatkan keinsafan mengenai erti kemerdekaan negara kami itu terbatal. Walaupun pengikut tersetia pihak tuan, Paklah dan menantunya campur tangan, ternyata pihak FIFA tidak membenarkannya. Alangkah ruginya kepada kami, terutama anak cucu kami, terlepas satu program ‘tarbiyah’ erti kemerdekaan.

2. Tuan. Itu pengaduan kami yang pertama. Pengaduan kami yang kedua ialah mengenai adanya muslihat tertinggi untuk menjatuhkan pihak tuan sempena kejayaan tuan ke final Piala Juara-juara. Tuan akan bertemu dengan pasukan Chelsea. Dan inilah pengaduan kedua pihak kami.

Negara kami sanggup mengesahkan passport negara Israel, di mana sekaligus mengiktiraf kewujudan negara haram itu, dan secara automatiknya melukakan perasaan saudara kami sendiri di seluruh dunia. Mengapa? Kerana pasukan negara kami sedang memindahkan tektikal / kemahiran terkini milik negara kami kepada pasukan Chelsea.

Ini sudah pasti mendatangkan satu ketidakadilan. Kerana pihak tuan tidak berpeluang berkursus dengan kami, di mana seluruh dunia mengeruni kehebatan pasukan bola sepak kami. Ranking kegerunan itu semakin meningkat apabila menantu Perdana Menteri kami menjadi orang besar di dalam FAM.

Harap, dengan pendedahan berani ini, pihak tuan dapat membantah perkara ini ke FIFA sebelum pasukan tuan dibelasah menggunakan segala ilmu yang kami ajar itu.

3. Seterusnya tuan, yang terbaru, isu rasuah melanda bola sepak kami. Masalahnya rasuah. Penyelesaian pemimpin kami, di mana majoriti mereka semua peminat pihak tuan ialah membatalkan Piala Malaysia. Nampak pelik kan. Tetapi itulah tektikal semulajadi kami. Kita tengok lagi.

Masalahnya ialah perbahasan parlimen dikatakan seperti sarkas. Penyelesaiannya ialah membatalkan siaran langsung. Ha.. inilah cara semulajadi pihak kami, tuan. Ada lagi. Masalahnya manusia itu berani berkata benar. Penyelesaiannya ialah ISA / bunuh / belasah. Ada lagi banyak tuan, tetapi penat pula menaip. Saya bagi satu contoh akhir. Masalahnya ada orang seludup dakwat. Penyelesaiannya ialah membatalkan sistem dakwat. Yang ini ada masalah berbangkit. Masalah berbangkit itu ialah rumah disimbah dakwat.

4. Jadi, harap tuan dapat mempertimbangkan aduan saya ini untuk diambil tindakan yang sepatutnya bagi pihak tuan. Segala kerjasama pihak tuan terhadapnya saya ucapkan ribuan terima kasih. Akhir kata, semoga Manchester United berjaya memenangi EPL dan Piala Juara.

Yang benar,


............................
(AdukaTaruna)




-p/s-copy dan dari tranungkite.net & disertakan gambar2 hiasan.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9637

1 Comment:

  1. Fenrisar said...
    This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment




 

Blogger Template | Created by Adam Every