Paul, nama sebenarnya Saul yang berasal dari Tarsus, Turki, merupakan seorang bangsa Yahudi dari keturunan suku kaum Benyamin. Paul mendapat pendidikan Taurat, pendidikan ala Romawi serta ilmu falsafah Yunani.

Perlu ditekankan di sini, bahawa Paul bukanlah terdiri daripada murid atau pengikut Nabi Isa a.s. Bahkan Paul tidak pernah bertemu dan tidak pernah mendengar sebarang peringatan daripada nabi Isa a.s. Pada awalnya, dia menganut fahaman Farisi iaitu fahaman anti ajaran Nabi Isa a.s walaupun dia tidak pernah berjumpa nabi Isa a.s.

Akhirnya, Paul telah memeluk agama Kristian setelah dia mendakwa menyaksikan pancaran cahaya serta mendengar suara dari langit yang kononnya suara Nabi Isa a.s ketika dalam perjalanan je Damsyik.

Pada tahun 313 Masihi, Constantine I, iaitu maharaja empayar Baizantin (jajahan timur Rom) telah memeluk agama Kristian. Dengan sokongan ini, Kristian telah tersebar luas di bawah empayar Rom. Namun begitu, Kristian pasa masa tersebut masih tidak mempunyai rukun kepercayaan atau teologi. Lebih-lebih lagi setelah berlaku satu konflik dalam agama Kristian yang mana Arius, seorang paderi Alexandria mengatakan bahawa Isa a.s bukan Tuhan!!
Ini menjadi ancaman kepada golongan Kristian yang menganggap Isa a.s sebagai tuhan.

Maka, pada 325 Masihi, satu persidangan yang dikenali sebagai Council of Nicaea yang ditaja oleh Maharaja Constantine I telah diadakan bagi menolak fahaman yang dibawa oleh Arius. Pada perhimpunan tersebut, Paul telah memainkan peranannya dalam menetapkan doktrin Kristian yang dipercayai dan dipegang oleh para penganut Kristian hingga ke hari ini. Konsep Triniti telah diterima sebagai pegangan rasmi gereja pada tahun 451M dengan persetujuan Pope dan sebarang penolakan dianggap sesat.

Doktrin Ajaran Kristian

1. Konsep Dosa Warisan

Penganut Kristian percaya bahawa akibat daripada perbuatan Adam dan Hawa yang memakan buah larangan telah menyebabkan dosa mereka diwarisi oleh seluruh umat manusia. Dalam erti kata lain, mereka percaya bahawa setiap bayi adalah dilahirkan bersama-sama dosa warisan.

2. Isa a.s adalah anak Tuhan

Penganut Kristian percaya bahawa Isa a.s adalah anak kandung Allah kerana Isa a.s dilahirkan tanpa bapa.

3. Ketuhanan Isa a.s

Penganut Kristian percaya bahawa Isa a.s adalah anak tuhan dalam manifestasi manusia dan mereka mendakwa baginda mengaku sebagai tuhan.

4. Penyaliban Nabi Isa a.s

Penganut Kristian percaya Isa a.s disalib 3 hari 3 malam. Penyaliban ini begitu penting bagi mereka kerana dianggap kematian nabi Isa a.s dapat menebus dosa warisan mereka.

5. Konsep Triniti

Penganut Kristian percaya bahawa tuhan adalah Satu tetapi manifestasi dalam tiga bentuk tuhan-TUhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruhul Qudus.

Konsep Triniti disanggah di dalam Bible, kitab pegangan Kristian.

-contoh dari Perjanjian Lama (old Testament);

"For you are great and do marvelous deeds, you alone are God"

(Psalm 86 : 10)

Tejemahannya:

Engkau berkuasa dan melakukan perkara yang ajaib, hanya Engkaulah Allah.

(Mazmur 86 : 10)

Turut terdapat sanggahan terhadap konsep Triniti dalam Perjanjian Baru (New Testament):

"The most important one," answered Jesus, "is this: 'Hear, O Israel, the Lord our God, the Lord is one.

(Mark 12 : 29 )

Terjemahannya :

Jesus menjawab, "Inilah perintah yang paling utama, 'Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kta, Dialah Tuhan Yang Esa.

(Markus 12 : 29)

Kesimpulan:

Perkara ini jelas membuktikan terhadap penganut Kristian bahawa Tuhan itu Esa bukan seperti ajaran Kristian sekarang yang banyak bersumberkan daripada Paul (Pauline Christianity), bukannya Nabi Isa a.s.

Penulis: "Antara yang Haqq dan Batil itu, wujud pertentangan yang NYATA!!"


25 Muharam 1429, jam 1.oo pagi, suhu mencecah 7 darjah Celcius. Masih belum tidur. Membelek beberapa buah buku yang sempat dibeli di Pameran Buku Antarabangsa Kaherah siang tadi bersama rombongan Bait Muslim Tanta. (Emm...lalu lintas yang sibuk sepanjang perjalanan dari Kaherah ke Tanta tadi, menjadikan badanku agak keletihan berada di dalam tremco (van sewa) dalam waktu yang agak lama. Alhamdulillah, sampai di Tanta 2 jam selepas Isyak.)

1.08 pagi, kuterima sms dari sahabatku mengenai kedatangan pensyarah yang pernah menngajarku di kolej dahulu, kini berada di Kaherah!! (Beliau membahasakan dirinya sebagai UMMI. Kami para pelajarnya, dianggap sebagai anak-anaknya. UMMI pernah belajar di Universiti Al-Azhar Kaherah selama 14 tahun tanpa sekali pun pulang ke Malaysia...!!! Dari peringkat B.A, M.A dan Dukturoh. Dari tahun 1981 hingga 1995.)

Berbalik kepada sms tadi, hati yang tadi terkejut bercampur gembira dengan kedatangan UMMI bertukar sedikit kecewa apabila rangkap sms tadi bertulis "...UMMI balik esok mlm, dia tringin sgt nak jmpa anak2 dia..." Laa...balik esok ke? keluhku. Nampaknya aku kena balik semula ke Kaherah, kotaraya yang zahmah, esok juga.

Pendek cerita, jam 17.10 ptg, suhu 18 darjah Celcius, aku dan beberapa sahabatku dapat ketemu dengan UMMI yang sedang bersiap-siap untuk pulang ke Malaysia. UMMI masih seperti dahulu, sentiasa mesra dengan 'anak-anaknya'. Wajahnya dan kudratnya yang melewati usia senja bukanlah penghalang untuk UMMI untuk menjengah kembali bumi anbiya' ini.

Melihat wajah UMMI, teringat aku ketika UMMI sakit dahulu dan terpaksa dibedah...maka ustaz Farid Ravi Abdullah diminta mengambil alih kelas tafsir kelolaan UMMI.

Berbalik kepada pertemuan tadi, UMMI berharap 'anak-anaknya' dapat sambung pelajaran ke peringkat Master, bukan setakat B.A sahaja. UMMI bukan cakap kosong, malah kunjungan beliau kali ini cuba memperbaharui tajuk untuk Dukturoh beliau, akibat penyelia asal bagi tajuk tersebut telah meninggal dunia. Kalau tak silap aku, tajuknya mengenai Tafsir Mufassirun fi Syarqi Asia.

Melihat kepada usianya dan keadaan UMMI yang tiada suami dan anak kandung, UMMI berkata beliau tidak pasti sama ada umurnya mengizinkan beliau untuk menyiapkan kajian tersebut. Akan tetapi, UMMI berazam untuk meninggalkan sesuatu yang boleh diambil manfaat dari usaha kajian yang dilakukannya.

Pesan UMMI lagi,"...dtg Mesir bukan sebab syahadah, tapi kerna ilmu.."

Bagiku, umur bukan penghalang untuk terus cari ilmu, bukan setakat berbangga dgn pangkat atau gelaran prof,doktor,ustaz & lain-lain. Semangat UMMI itu menjadi pukulan hebat untuk 'anak-anaknya' untuk terus thabat dan sabar dalam menuntut ilmu.

26 Muharam 1429, 00.45 mlm, suhu 8 darjah Celcius, selamat tiba ke Tanta semula. Alhamdulillah.


 

Blogger Template | Created by Adam Every