UMMI Zaharah: Pensyarahku.


25 Muharam 1429, jam 1.oo pagi, suhu mencecah 7 darjah Celcius. Masih belum tidur. Membelek beberapa buah buku yang sempat dibeli di Pameran Buku Antarabangsa Kaherah siang tadi bersama rombongan Bait Muslim Tanta. (Emm...lalu lintas yang sibuk sepanjang perjalanan dari Kaherah ke Tanta tadi, menjadikan badanku agak keletihan berada di dalam tremco (van sewa) dalam waktu yang agak lama. Alhamdulillah, sampai di Tanta 2 jam selepas Isyak.)

1.08 pagi, kuterima sms dari sahabatku mengenai kedatangan pensyarah yang pernah menngajarku di kolej dahulu, kini berada di Kaherah!! (Beliau membahasakan dirinya sebagai UMMI. Kami para pelajarnya, dianggap sebagai anak-anaknya. UMMI pernah belajar di Universiti Al-Azhar Kaherah selama 14 tahun tanpa sekali pun pulang ke Malaysia...!!! Dari peringkat B.A, M.A dan Dukturoh. Dari tahun 1981 hingga 1995.)

Berbalik kepada sms tadi, hati yang tadi terkejut bercampur gembira dengan kedatangan UMMI bertukar sedikit kecewa apabila rangkap sms tadi bertulis "...UMMI balik esok mlm, dia tringin sgt nak jmpa anak2 dia..." Laa...balik esok ke? keluhku. Nampaknya aku kena balik semula ke Kaherah, kotaraya yang zahmah, esok juga.

Pendek cerita, jam 17.10 ptg, suhu 18 darjah Celcius, aku dan beberapa sahabatku dapat ketemu dengan UMMI yang sedang bersiap-siap untuk pulang ke Malaysia. UMMI masih seperti dahulu, sentiasa mesra dengan 'anak-anaknya'. Wajahnya dan kudratnya yang melewati usia senja bukanlah penghalang untuk UMMI untuk menjengah kembali bumi anbiya' ini.

Melihat wajah UMMI, teringat aku ketika UMMI sakit dahulu dan terpaksa dibedah...maka ustaz Farid Ravi Abdullah diminta mengambil alih kelas tafsir kelolaan UMMI.

Berbalik kepada pertemuan tadi, UMMI berharap 'anak-anaknya' dapat sambung pelajaran ke peringkat Master, bukan setakat B.A sahaja. UMMI bukan cakap kosong, malah kunjungan beliau kali ini cuba memperbaharui tajuk untuk Dukturoh beliau, akibat penyelia asal bagi tajuk tersebut telah meninggal dunia. Kalau tak silap aku, tajuknya mengenai Tafsir Mufassirun fi Syarqi Asia.

Melihat kepada usianya dan keadaan UMMI yang tiada suami dan anak kandung, UMMI berkata beliau tidak pasti sama ada umurnya mengizinkan beliau untuk menyiapkan kajian tersebut. Akan tetapi, UMMI berazam untuk meninggalkan sesuatu yang boleh diambil manfaat dari usaha kajian yang dilakukannya.

Pesan UMMI lagi,"...dtg Mesir bukan sebab syahadah, tapi kerna ilmu.."

Bagiku, umur bukan penghalang untuk terus cari ilmu, bukan setakat berbangga dgn pangkat atau gelaran prof,doktor,ustaz & lain-lain. Semangat UMMI itu menjadi pukulan hebat untuk 'anak-anaknya' untuk terus thabat dan sabar dalam menuntut ilmu.

26 Muharam 1429, 00.45 mlm, suhu 8 darjah Celcius, selamat tiba ke Tanta semula. Alhamdulillah.

0 Comments:

Post a Comment




 

Blogger Template | Created by Adam Every