Lembaga Pemegang Amanah Persatuan Ulama Muslimin Sedunia telah bersidang di ibu negara Qatar, Dauhah, selama dua hari bermula pada hari Selasa 14 Syawal 1429H bersamaan 14 Oktober 2008M, dengan dihadiri oleh ramai ahli lembaga yang pada waktu yang sama telah menghadiri Persidangan Ketujuh Yayasan al-Quds Antarabangsa yang berlangsung di Dauhah juga. Resolusi tersebut banyak menyentuh tentang isu-isu semasa utama umat Islam sedunia, di samping menyentuh secara khusus isu sunnah - syiah yang telah dibangkitkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi pada bulan September yang lepas.

Berikut adalah terjemahan teks resolusi tersebut ke dalam Bahasa Melayu yang telah dibuat oleh Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (SHURA):

Resolusi Sidang Pimpinan Pemegang Amanah Persatuan Ulama Muslimin Sedunia
di Dauhah, Qatar, 14-15 Syawwal 1429 bersamaan 14-15 Otkober 2008


الحـمد لله، والصلاة والسلام على نبينا محمد رسول الله، وعلى سائر إخوانه من النبيين والمرسلين، وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه إلى يوم الدين، وبعد:

Pimpinan Lembaga Pemegang amanah PUMS, Badan Eksekutif dan Sekretariatnya yang bersidang kini di Dauhah, ibu kota Qatar yang disertai oleh ramai perwakilan ulama umat Islam sedunia dari berbagai aliran dan mazhab merasa terpanggil - dalam era yang penuh mencabar yang dilalui oleh penduduk dunia umumnya dan umat Islam khususnya - dan merasa berkewajipan untuk menampilkan kepada pemerintah dan umat Islam saranan dan rekomendasinya. Lebih–lebih lagi ketika berhadapan dengan berbagai ancaman yang menggugat kedaulatan, kepentingan ,keamanan, kesetabilan Negara dan perpaduan mereka.

Selaras dengan itu PUMS ingin menegaskan perkara berikut:

Pertama: Majlis Pimpinan PUMS setelah mengikuti kenyataan akhbar Sahibul Fadhilah Ulama tersohor Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan penjelasan-penjelasan beliau mengenainya yang tersiar , di samping mengkaji berbagai sanggahan serta kesan dan impak daripada kenyataan tersebut; di mana beliau menjelaskan bahwa kenyataan tersebut adalah lahir dari keinsafan dan dorongan tangongjawab beliau untuk menarik perhatian umat tentang adanya usaha yang dilakukan oleh setengah pehak demi menimbulkan ketegangan hubungan antara mazhab dalam bentuk tindakan menyibarkan secara systematic aliran mazhab yang bukan lumrah di kalangan pengikut mazhab yang umum dan lumrah di sesebuah Negara. Hal mana perbuatan ini akan menimbulkan perpecahan , mencetuskan sengkita dan menggugat ketenteraman dunia Islam. Bahawa Syaikh Yusuf al -Qaradhawi telahpun membangkitkan hal ini dalam beberapa Persidangan Pendekatan Mazhab dan yang terakhir ialah sidang yang diadakan di Dauhah. Rentetan itu setelah bermesyuarat dengan panjang lebar dalam suasana ukhuwwah dan semangat berterus terang maka pimpinan PUMS dengan ini sepakat membuat beberapa ketetapan berikut:

1.
Menegaskan kembali tentang kesepaduan dan kesatuan umat Islam dalam berbagai mazhab mereka. Kesepakatan tentang rujukkan tertinggi ialah al Quran. Bahawa kandungan al Quran itu tertera seluruhnya dalam Mashaf. Bahawa Allah S.W.T. berjanji untuk melindunginya daripada segala usaha penyimpangan dan penambahan atau pengurangan ayatnya. (إنّا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحافظون} (الحجر:9)، (Bermaksud: Bahawa Kamilah yang menurunkan al-Quran ini dan bahawa Kamilah justeru pemeliharanya). Kesepakatan tentang pegangan terhadap sunnah Nabi. Kesepakatan tentang kemestian umat bersatu demi berhadapan dengan ancaman cabaran dalaman dan luaran.

2. PUMS juga menegaskan kembali persepakatan ulama dan pakar rujuk sebelum ini dari kalangan berbagai mazhab Sunni dan Syiah dalam berbagai persidangan ; di mana butiran yang terpentingnya ialah:
1.
Wajibnya menghormati sahabat Nabi S.A.W., isteri baginda sebagai berstatus ibu bagi kaum mu’minin, keluarga baginda serta mengharamkan tindakan menceroboh dan mencemarkan nama baik mereka. Bahawa fatwa mengenai perkara ini hendaklah disebarluaskan.
2.
Menamatkan segala usaha terancang dan tersusun, sokongan moral dan kewangan untuk menyibarkan sesuatu mazhab yang tidak tersibar luas dalam kelompak sesuatu mazhab yang sudah tersibar luas di sesebuah negara dan perlunya disikapi dengan hurmat pengikut lumrah mazhab berkenaan atau perlunya sikap saling menghurmati antara pengikut mazhab berkenaan.
3.
Menegaskan tentang haramnya tindakan menumpahkan darah orang Islam satu sama lain atas sebab perbezaan mazhab atau aliran .
4.
Wajibnya menghurmati hak aliran mazhab minoriti untuk mengamalkan ajaran mazhab mereka masing-masing dalam ibadah, kaedah penghakiman, fatwa dan lain-lain.
3.
Majlis Pimpinan PUMS menyelar keras tindakan setengah pehak mencemarkan nama baik tokoh tersohor dunia Islam; yang berbahagia Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi; melalui usaha mengelirukan sejarah hidup dan mencemuhkan sumbangan beliau, darjat keilmuan dan perjuangan beliau yang berterusan membela isu isu penting Islam, kesatuan umat, berhadapan dengan cabaran dalam dan luaran, menyokong perjuangan pembebasan Palestin, Lubnan, Iraq, Afghanistan dan lain-lain, di samping seruan ke arah Wasatiah kesederhanaan; di mana beliau adalah tokoh utamanya. Pimpinan PUMS juga menyelar apa jua usaha untuk menjatuhkan nama baik tokoh dan ulama Islam lain di dunia Islam.

4.
Pimpinan PUMS mendesak Republik Islam Iran agar memikul taggongjawab syari’ahnya untuk menumpaskan usaha menyalakan api sengkita permusuhan antara mazhab dan mencegah fitnah tersebut. Antaranya ialah mengenakan tindakan disiplin terhadap orang yang bertanggongjawab dalam agensi berita (Muhr) yang menyiarkan beberapa pembohongan dan tuduhan palsu yang tidak berasas dengan sumpah seranah yang bertentang dengan kaedah moral apatahlagi dengan nilai-nilai Islam. Selaras dengan itu pimpinan PUMS juga diberitahu tentang pemecatan penulis celupar berkenaan oleh Pertubuhan Informasi Islam (Iran). Dengan mengambil kira tindakan tersebut dan penghargaan PMUS mengenainya, PMUS juga menuntut agar pehak berkenaan mengajukan permohonan maaf kepada Syaikh Yusuf al Qaradhawi atas kedudukan beliau yang dihurmat ramai.

5.
Majlis PUMS telah memutuskan untuk membentuk suatu Panitia Khusus memantau secara terpeinci segala kegiatan dan program berkecenderungan mazhab yang boleh merosakkan perpaduan umat. Panitia ini juga akan berkewajipan menggariskan tindakan praktikal untuk menangani realiti umat demi melindungi dan memperkasa perpaduan umat serta membangun asas pengukuhan yang padu demi mengatasi perselisihan yang boleh diexploitasi oleh musuh untuk menggagalkan usaha pengukuhan perpaduan umat.

6.
PMUS sentiasa mengalu-alu dan menggalakan sibaran am yang rasional dan bertanggongjawab. PUMS juga menyeru seluruh khalayak pengamal media agar menepati lunas dan tuntutan Islam, profesinalisme dan etika dalam penyiaran mereka, di samping menjauhi pendekatan sensasi yang boleh mengeruhkan hubungan baik, persefahaman di samping mengundang kekeliruan sesama umat.

Kedua : Isu Palestin

1.
PUMS menegaskan kembali tentang perlunya rakyat Palestin khasnya dan umat Islam amnya menenuaikan tugas mereka untuk membebaskan Palestin dari cengkaman penjajahan Zionist. Kewajipan ini tidak boleh diabaikan oleh setiap pehak yang berkemampuan; baik dari segi wang ringgit, pemikiran mahupun apa sahaja dengan cara yang mungkin. PUMS juga menegaskan tentang kewajipan dan keabsahan usaha menentang segala jenis penaklokan atau penjajahan dan kezaliman.

2.
PUMS menyeru seluruh umat dan para pemerintah Muslimin; baik individu mahupun kumpulan agar bangun bertindak melaksanakan tanggongjawab melindungi masjid al-Aqsa al-Mubarak dari ancaman Yahudi dan pehak zionist di persekitaranya yang merancang untuk membelah kesatuan entiti al Aqsa , melakukan penggalian terowong dan membina sebuah biara Yahudi di sisinya. Hal mana tindakan berkenaan bermakna menceroboh hak orang Islam dan Kristien di Bandar Suci al- Quds; di samping mencerobohi ketetapan antarabangsa berkenaan perkara ini. PUMS juga menghargai peranan Yayasan Quds Antarabangsa dan seluruh Badan dan Lembaga yang bergerak untuk melindungi kedudukan sosio-politik al-Quds dan penerusan penentangan umat dan rakyat palestin terhadap perancangan jahat Zionist. Lebih jauh PUMS di samping menyelar tindakan Zionist mengharamkan dan menutup ”Yayasan al-Aqsa Untuk Pemakmuran Tempat Suci Islam” menyeru negara-negara Arab dan Islam agar berkerja keras untuk memulihkan kedudukan dan Keupayaan Yayasan tersebut untuk bergerak semula; memainkan peranan mereka membangun dan memakmurkan tempat suci Islam di sana.

3.
PUMS juga menyelar tindakan meneruskan pengepongan atau embargo terhadap rakyat Palestin khasnya penyekatan dan embargo terhadap Ghazzah yang bertujuan menyeksa, mengkebulurkan dan menghina rakyatnya. Embargo ini tidak boleh dipandang remeh oleh sesiapapun. Bahkan adalah menjadi kewajipan setiap orang yang mampu; malah seluruh negara Arab dan Islam bangun memehak dan menyokong saudara-saudara kita di Ghazzah, menyokong , membantu ketegaran perjuangan mereka, berusaha untuk memecahkan kepongan zalim tersebut dengan apa jua cara yang boleh. PUMS juga mendesak penguasa dan pemerintah Mesir agar segera membuka laluan Rafah demi memenuhi tanggongjawab bangsa, agama dan kemanusiaan.

4.
PUMS juga menyeru seluruh lapisan pejuang dan mujahid Palestin agar bersatu. PUMS mengalu-alukan dan menghargai setiap usaha yang dilakukan untuk meraih kedamaian dan pemulihan hubungan sesama rakyat Palestin berdasarkan keabsahan perjuangan mereka menentang penjajah Zionist. PUMS dengan ini menandaskan prinsip tidak boleh mensisa-siakan hak rakyat Palestin untuk mengamalkan hak kedaulatan mereka yang sempurna ke atas tanah air mereka yang bersejarah; khasnya hak pelarian untuk pulang semula ke tanah tumpah darah mereka yang merupakan hak syar’i, hak kemanusiaan; di mana tidak ada sesiapa berhak untuk melepaskannya atau memperjudikan nasibnya. PUMS juga menyeru negara Qatar, Liga Arab dan OIC agar ikut serta dalam agenda ini, memperkasa usaha menjayakannya demi mengembalikan kekompakan dan kesepaduan rakyat palestin.

Ketiga: Isu Krisis Ekonomi Global

PUMS menekuni dengan teliti gejala krisis ekonomi global dan kesannya yang serius terhadap pembangunan dan menambahkan bilangan pengangguran. PUMS merasa perihatin dan perlu ikut serta menampilkan suatu gagasan perspektif ekonomi Islam yang boleh menyumbang ke arah mengatasi gejala krisis ekonomi dunia ini supaya tidak berulang. PUMS beranggapan bahawa sebab utama krisis ini ialah tersingkirnya nilai dan norma akhlak dan agama dalam budaya tadbir urus ekonomi. Sebaliknya perundangan yang berkaitan dengan ekonomi memehak kepada amalan riba dan memenuhi keserakahan manusiawi, menggalakan rasuah dan salahlaku. PUMS merancang untuk mengadakan seminar khas mengkaji isu ini dengan kerjasama OIC dan Bank Pembangunan Islam. Dalam hubungan ini PUMS menyeru Pertubuhan Investor , para usahawan dan dunia Islam amnya agar melabur di rantau umat Islam yang lebih wajar untuk dapat menikmati hasil kekayaan mereka berbanding umat di negara lain.

Keempat: Isu Berkembangnya Gejala Islam Phobia

PUMS menegaskan bahwa fenomena Islam Phobia yang berkembang kini di Amerika dan Eropah adalah hasil daripada tindakan golongan Ekstrimis Kanan (New Conservative) yang tidak kena mengena sama sekali dengan apa jua bentuk asas-asas ajaran Islam atau perlakuan orang Islam. PUMS telah menelusuri dan menghargai setiap tindakan dan kebijaksanaan untuk menepis dan mengikis kesan negatif fanomena ini di Belanda, Britain, Sweden dan German diamping menghargai usaha OIC dalam mengawasi gejala ini; termasuk tindakan mereka mengeluarkan laporan bulanan mengenainya di samping menarik perhatian tentang kesan negaif dan positifnya.

Kelima: Isu Sudan

PUMS menegaskan pendiriannya dan pendirian umat Islam untuk menyokong Sudan menentang konspirasi musuh untuk memecahbelahkan kesatuan entiti negara Sudan, keselamatan dan kedamaian pendudukanya. PUMS menyelar tindakan Pendakwaraya Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menampilkan Presiden Sudan Omar Basyir ke muka pengadilan dengan tohmahan palsu yang tidak mempunyai bukti kukuh di hadapan mahkamah yang tidakpun berwewenang untuk menghakimi beliau.Malah tindakan itu bercanggah dengan undang-undang asas Mahkamah Antarabangsa itu sendiri.PUMS mengajak seluruh negara Islam agar tampil membela Sudan mengatasi cabaran konspirasi negara asing yang ingin merebut kekayaan Sudan dan memecahbelahkan kesatuan negara berkenaan.

Keenam: Isu Iraq

PUMS menentang keras terhadap berbagai tekanan yang dikenakan kepada rakyat Iraq agar menerima dasar keamanan zalim yang dipaksakan ke atas mereka yang menginjak kedaulatan negara mereka dan mendedahkan kepentingan utama rakyat kepada bencana dan bahaya. Dasar tersebut sebaliknya mengekalkan penjajahan sehingga masa yang tidak ditentukan.

Ketujuh: Isu Pakistan

PUMS mengutuk keras tindakan pengeboman membabi-buta dan berulang-ulang yang dilakukan oleh tentara Amerika dengan mencabuli kedaulatan negara Islam yang merdeka; di samping meragut ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa.

Kelapan: Isu Minoriti

PUMS mengikuti dengan teliti perkembangan nasib minoriti umat Islam di seluruh dunia. Ia menyedari bahawa segolongan mereka terus menerus dianiaya dan di zalimi. Ada yang dikurung, ada yang di seksa serta dihina oleh segolongan penguasa. Ada pula yang difitnah dan dan hubungkaitkan dengan apa jua peristiwa keganasan yang berlaku dalam negara mereka . PUMS dengan ini menegaskan semula penyelaran dan kutukannya terhadap semua jenis kegiatan keganasan yang mencederakan atau meragut nyawa orang awam; di negara mana pun jua; khasnya yang berlaku di India. PUMS juga mengingatkan agar dihindari perbuatan mengeksploitasi kejadian tersebut untuk menceroboh dan mengganasi hak kaum minoriti Islam atas apa jua alasan. PUMS ingin mengingatkan betapa kejadian tersebut digunapakai oleh golongan penyokong asabiah (chauvinist) tertentu untuk meraih tujuan mereka yang ekstrime dan melampau demi menarik sekongan para pelampau mereka.

PUMS juga menyeru dan mendesak kepada golongan minoriti Islam agar lebih peka, berwaspada dan bijaksana sehingga mereka tidak terjebak melakukan tindakan yang akhirnya boleh merosakkan kedudukan dan kepentingan utama mereka. PUMS menyeru mereka agar lebih berkerjasama, bersatupadu dan menampilkan role model yang baik untuk orng ramai.

PUMS juga mendesak pemerintah di negara negara berkenaan agar mengambil tindakan dan kebijaksaan yang boleh merealisasi keadilan dan kesamarataan .Hal mana perkara ini boleh menjadi pemangkin kepada usaha menghindari conflict perkauman dan asabiah di samping menamatkan amalan provokasi dan permusuhan terhadap kaum minoriti Islam sehingga dapat meratakan keamanan dan kedamaian bagi semua pehak. PUMS juga menganjurkan kepada negara-negara Islam agar menghulurkan bantuan kepada umat Islam di Serbia, Montinegro, Kosova dan seterusnya mengambil anisiatif mengiktiraf kemerdekaan Kosova.

PUMS mengalu-alukan dan menghargai sikap terbuka dan positif oleh beberapa negara Barat terhadap rakyat minoriti Islam dan memungkinkan mereka mengamalkan syiar agama dan ibadah sebagai perlaksanaan terhadap hak keagamaan mereka. Ini memang tuntutan hidup bersama yang boleh membantu asimilasi positif di kalangan umat Islam yang hidup di kalangan masyarakat Barat. PUMS juga menyatakan penghargaan khasnya kepada kerajaan British yang membenarkan tertegaknya Mahkamah Islam yang menyelesaikan kes-kes kekeluargaan orang Islam di sana berdasarkan tuntutan syariat Islam.

Majlis Pimpinan PUMS juga dengan ini menampilkan rasa ksyukuran dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada negara Qatar . Khasnya kepada para pemimpin dan rakyat Qatar atas kesudian mereka menjadi tuan rumah persidangan mulia ini di bumi Allah yang diberkati. PUMS dengan ini berdoa kepada Allah agar Allah menyatupadukan umat Islam atas dasar yang diradhainya dan kami akhiri dengan segala puji-pujian untuk Allah Tuhan sekalian alam.

Presiden PUMS

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Setiausaha Agung

Dr. Salim al-`Awwa

Sumber Asal: Laman Rasmi PUMS, Islamonline.net. Terjemahan: Shura Asia.
Dibawa masuk ke blog ini daripada web rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, http://pmram.org/

4 Comments:

  1. Anonymous said...
    [B]NZBsRus.com[/B]
    Escape Laggin Downloads Using NZB Files You Can Swiftly Find Movies, Games, MP3 Singles, Applications & Download Them at Accelerated Speeds

    [URL=http://www.nzbsrus.com][B]Newsgroup Search[/B][/URL]
    Anonymous said...
    Rescuing Our Silly Prices at www.Pharmashack.com, The High-level [b][url=http://www.pharmashack.com]Online Chemist's workshop [/url][/b] To [url=http://www.pharmashack.com]Buy Viagra[/url] Online ! You Can also Espy Made of money Deals When You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/cialis.html]Buy Cialis[/url] and When You You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/levitra.html]Buy Levitra[/url] Online. We Also Contain a Productive Generic [url=http://www.pharmashack.com/en/item/phentermine.html]Phentermine[/url] Recompense the vamp of Your Nutriment ! We Vend Swap hint [url=http://www.pharmashack.com/en/item/viagra.html]Viagra[/url] and Also [url=http://www.pharmashack.com/en/item/generic_viagra.html]Generic Viagra[/url] !
    Anonymous said...
    I read this forum since 2 weeks and now i have decided to register to share with you my ideas. [url=http://inglourious-seo.com]:)[/url]
    Anonymous said...
    You could easily be making money online in the hush-hush world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat downloads[/URL], Don’t feel silly if you don't know what blackhat is. Blackhat marketing uses not-so-popular or misunderstood ways to build an income online.

Post a Comment




 

Blogger Template | Created by Adam Every